• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buang Sampah Merata-Rata Jatuhkan Imej Negara – Nga Kor Ming

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Buang Sampah Merata-Rata Jatuhkan Imej Negara – Nga Kor Ming
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menegaskan bahawa perbuatan membuang sampah merata-rata bukan sahaja mencemarkan alam sekitar, malah menjatuhkan imej negara.

Menurut beliau, seramai 78 pesalah telah pun menjalani Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) semalam atas kesalahan pembuangan sampah kecil di bawah Akta 672 sebagai sebahagian daripada langkah penguatkuasaan bersepadu.

“Jangan kita buang puntung rokok, tisu, atau tin minuman di merata-rata tempat kerana ia bukan saja mencemarkan alam sekitar, malah menjatuhkan imej negara,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Kor Ming berkata, PKM melibatkan kerja-kerja pembersihan menyeluruh termasuk siar kaki, jalan awam, sistem saliran, tandas awam dan kawasan pantai, selain dilaksanakan serentak di Perlis,
Kedah, Wilayah Persekutuan, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

Kata beliau, dalam masa sama, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah mengeluarkan sebanyak 1,342 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK), melibatkan 1,058 warga tempatan dan 284 warga asing.

“Tangan yang membuang sampah, tangan tersebut yang perlu membersihkan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa jika tabiat membuang sampah kecil seperti puntung rokok, tisu dan tin minuman tidak dibendung, ia boleh menyebabkan longkang tersumbat, menjejaskan keselesaan komuniti serta mengundang banjir kilat di kawasan bandar.

Sehubungan itu, orang ramai diseru agar lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan demi memastikan imej negara terus terpelihara.

“Malaysia Bersih, Rakyat Sejahtera,” ujarnya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Nga Kor Ming

Tags: buang sampahImej negaraKPKTNga Kor MingPKM
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Netizen Mula Tanya Bila Nga Kor Ming Akan Letak Jawatan?

Netizen Mula Tanya Bila Nga Kor Ming Akan Letak Jawatan?

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Persoalan sama ada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming akan meletakkan jawatan mula dibangkitkan...

ADUN DAP Melaka Mohon Projek Penambahbaikan RM2 Juta Kepada Menteri KPKT

ADUN DAP Melaka Mohon Projek Penambahbaikan RM2 Juta Kepada Menteri KPKT

21/08/2026
0

MELAKA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Melaka mengemukakan permohonan bagi beberapa projek penambahbaikan bernilai keseluruhan kira-kira RM2 juta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd