• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantuan Khas Awal Persekolahan Diagih Mulai Hari Ini

oleh Ahmad Albab
06/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Bantuan Khas Awal Persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar diagihkan mulai hari ini, dan ibu bapa boleh menuntutnya daripada sekolah anak-anak mereka, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan berkata seramai 5.6 juta pelajar akan menerima wang bantuan berkenaan dengan peruntukan sebanyak RM560 juta.

“Kami telah bagi waran kepada setiap negeri, maka pengarah (pendidikan) negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan diberi peruntukan mengikut bilangan pelajar,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Koordinasi Pelan Tindakan Pasca Banjir Negeri Kelantan di sini, Selasa.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Muhyiddin berkata bagi sekolah yang tidak boleh digunakan berikutan terjejas akibat banjir, ibu bapa perlu ke sekolah berhampiran yang tidak terjejas banjir untuk menuntut wang bantuan berkenaan.

“Kalau libatkan sekolah yang ditenggelami air atau diduduki mangsa banjir dan masih belum dibuka, pembayaran akan dibuat di sekolah yang tidak ada masalah.

“Kita akan guna dewan mereka (sekolah) dan ibu bapa boleh ke sekolah berhampiran (tidak terjejas banjir) untuk dapatkan wang dalam tempoh segera, arahan telah dikeluarkan,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri juga berkata pihaknya akan memastikan sesi persekolahan bagi tahun 2015 di Kelantan dapat dimulakan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Kita dah ada pilihan di mana jika ada sekolah yang tidak boleh digunakan, pelajar akan pergi ke sekolah berhampiran iaitu menumpang, kalau tak ada tempat tangguh untuk sedikit waktu dan ia hanya bagi kes-kes tertentu.

“Sebanyak 90 buah sekolah di Kelantan terjejas banjir dan setakat ini 30 peratus daripadanya telah dibersihkan bagi memulakan sesi persekolahan baharu,” katanya.

Sesi persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor bermula 11 Jan manakala bagi negeri-negeri lain bermula 12 Jan. – BERNAMA

Tags: bantuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd