• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Tiada Hotel Di KL, Putrajaya, Labuan Anti-Hijab” – Menteri

oleh
17/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan mengesahkan setakat ini belum ada lagi mana-mana hotel di sekitar ibu negara selain Putrajaya dan Labuan yang bersifat anti-hijab.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sekiranya ada hotel mengamalkan diskriminasi sedemikian, tindakan tegas boleh diambil oleh tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menyelia tiga wilayah itu.

Beliau bahkan mengeluarkan arahan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menarik balik lesen jika ada hotel di ibu negara yang didapati mela­rang wanita Islam bertudung be­kerja di bahagian khidmat pe­langgan.

Tengku Adnan turut meluahkan perasaan kesal sekiranya terdapat pihak hotel berbuat demikian dan memberi jaminan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pengusaha hotel yang didapati mengamalkan polisi pelik itu.

Baca: Hotel Larang Staf Berhijab Langgar Perlembagaan

Juga: ‘Kurang Ajar!’ – Menteri Berang Hotel Larang Hijab

Serta: PPIM Mahu Umat Islam Boikot Hotel Anti-Hijab

“Saya tidak faham kenapa mereka tidak bagi wanita bertudung menjadi ‘front liner’. Kita akan akur kepada arahan daripada pihak Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Buat masa ini di Wilayah Persekutuan, semuanya tiada masalah. Semua yang bertudung boleh pakai,” katanya kepada pemberita sebagai mengulas kenyataan Menteri KPKT, Tan Sri Noh Omar di Parlimen semalam.

Beliau mengarahkan semua PBT di seluruh negara untuk segera menarik balik lesen operasi mana-mana hotel yang melarang wanita Islam berhijab untuk be­kerja di bahagian khidmat pe­langgan konon mengikut polisi ditetapkan.

Terdahulu, Tengku Adnan hadir merasmikan acara Konvensyen Strata Yang Mampan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Institut Latihan DBKL (IDB), Bandar Tun Razak di sini hari ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: hijabhotel
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dirogol Bergilir-Gilir, Dipukul Sebelum Dibuang Ke Hutan

Next Post

Perodua Perlu Terus Berjaya Bagi Faedah Rakyat

Related Posts

Ikrar Bawa Tanglung Rupanya Seludup Rokok, Arak Bernilai RM9 Juta

Remaja Tidur Di Hotel 6 Hari, Sebelum Berjaya Larikan Diri

18/01/2024
0

Hulu Selangor: Remaja lelaki berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang dari surau perumahan Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam, di sini...

Empat ‘Superman’ LPT1 Didakwa Di Mahkamah

Pemandu Lori Didakwa Rogol Anak Di Hotel

29/12/2023
0

BUTTERWORTH: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan merogol anak perempuannya yang berusia 14...

Next Post

Perodua Perlu Terus Berjaya Bagi Faedah Rakyat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd