• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khairy Tepis Cadangan Guna Pemain Naturalisasi

oleh AK-47
17/11/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketika skuad bola sepak kebangsaan dikritik hebat susulan dua kekalahan pada aksi menentang Korea Utara pada Isnin lepas yang mengakibatkan anak buah Nelo Vingada gagal melepasi pusingan Kelayakan Piala Asia 2019, pelbagai cadangan dilontarkan untuk mengembalikan semula maruah bola sepak negara antaranya menggunakan pemain naturalisasi.

Namun cadangan itu pantas ditepis oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang berpendapat perubahan mutu bola sepak negara bukanlah boleh dilakukan dalam hanya satu malam tetapi ia melibatkan banyak perkara.

“Kita boleh dapatkan keputusan yang baik dalam masa yang singkat dengan menggunakan pemain naturalisasi, namun itu bukan jalan penyelesaian untuk meningkatkan mutu bola sepak tanah air.

“Ramai orang kata gunalah pemain naturalisasi, tapi bagi saya itu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya pada sesi soal jawab Transformasi Nasional 50 (TN50) bersama belia CIMB di sini, hari ini.

Menurut beliau untuk mengubah secara total landskap bola sepak negara, ia memerlukan masa dan kerjasama pelbagai pihak.

“Dahulu kita ada menyasarkan untuk layak ke Piala Dunia, jadi saya cadangkan pada tahun 2034 kita bida untuk jadi tuan rumah dan pada 2050 kita akan layak ke Piala Dunia kerana kita menjadi tuan rumah bersempena dengan TN50,” katanya sambil berseloroh.

Pemain naturalisasi merupakan pemain yang memperoleh kewarganegaraan melalui tempoh masa mereka berada di negara ini atau mana-mana kriteria lain yang dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Sementara pemain berdarah campuran adalah pemain yang dilahirkan di Malaysia atau ibu bapa kandung mereka dilahirkan di Malaysia atau datuk atau nenek kandung mereka dilahirkan di Malaysia.

Mereka ini mempunyai hubungan susur galur di Malaysia.

Untuk rekod, skuad kebangsaan mempunyai beberapa pemain berdarah campuran antaranya Matthew Davies yang mewakili Pahang, Junior Eldstal (JDT), Brenden Gan (Kelantan) dan Kiko Insa (Pahang). – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd