• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Perkenan Pelantikan Enam Anggota EAIC

oleh Ahmad Albab
15/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memperkenankan pelantikan enam anggota Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Nov lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini berhubung pelantikan anggota suruhanjaya itu, berkata Yang di-Pertuan Agong juga memperkenankan pelantikan Datuk A. Aziz A. Rahim sebagai Pengerusi EAIC.

“Pelantikan ini adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman luas beliau dalam perkhidmatan awam dan perundangan negara,” katanya.

Antara jawatan penting yang pernah dipegang A. Aziz ialah Pakar Penasihat Jabatan Peguam Negara (2016-2017), Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia (2012-2016), Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (2009-2012) dan Hakim Mahkamah Tinggi Sarawak (2004-2009).

Najib berkata Yang di-Pertuan Agong turut memperkenankan pelantikan semula tiga anggota EAIC iaitu Datuk Dr Anis Yusal Yusoff, Lee Sow Siong dan Leong May Chan serta dua pesuruhjaya baharu iaitu Datuk Sabariah Hassan dan James Deva Nayagam Gnanaratnam.

Beliau berkata pelantikan enam anggota EAIC itu adalah mengikut Subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009.

Bagi pihak kerajaan, Perdana Menteri turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada bekas Pengerusi EAIC Datuk Yaacob Md Sam serta bekas pesuruhjaya iaitu Tan Sri Dr Zulkefli A. Hassan, Datuk Seri Robert Jacob Ridu dan Vinayak Prabhakar Prabhakar yang melengkapkan perkhidmatan mereka di EAIC pada 14 Okt lalu.

“Barisan mantan anggota-anggota suruhanjaya ini telah berjaya meningkatkan kredibiliti dan keberkesanan EAIC di mata rakyat. EAIC kini sudah mula mendapat kepercayaan dan keyakinan yang kukuh daripada pelbagai pihak melalui siasatan suruhanjaya yang telus dan berkredibel,” kata Najib.

“Diharapkan kerjasama yang berterusan akan terus diberikan oleh agensi-agensi penguatkuasaan, badan-badan bukan kerajaan khususnya orang ramai dalam membantu suruhanjaya ini melaksanakan fungsinya dengan efektif dan efisien,” katanya lagi.

Najib dalam pada itu berharap pelantikan anggota suruhanjaya tersebut akan dapat memperkukuhkan lagi hala tuju EAIC dalam menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap, telus dan adil sekali gus memartabatkan integriti pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan di negara ini. – BERNAMA

Tags: Yang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Zahir Ucapan Takziah Dua Anggota Tentera Terkorban, Titah Siasatan Menyeluruh

Agong Zahir Ucapan Takziah Dua Anggota Tentera Terkorban, Titah Siasatan Menyeluruh

16/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota tentera yang terkorban akibat terkena...

Yang di-Pertuan Agong Tarik Balik Gelaran Tan Sri Isa Samad

Yang di-Pertuan Agong Tarik Balik Gelaran Tan Sri Isa Samad

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menarik balik kurniaan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd