• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Presiden Mesir, Kurnia Darjah Utama Seri Mahkota Negara

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Presiden Mesir, Kurnia Darjah Utama Seri Mahkota Negara
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah hubungan persahabatan antara Malaysia dan Mesir semakin kukuh berlandaskan prinsip saling menghormati, mempercayai serta persefahaman yang baik antara kedua-dua negara.

Seri Paduka Baginda menzahirkan perkara itu susulan menerima menghadap Presiden Republik Arab Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi, sempena Lawatan Negara pemimpin berkenaan ke Malaysia hari ini.

Menurut hantaran menerusi akaun media sosial Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, keberangkatan tiba Presiden Al-Sisi di Istana Negara pada pukul 10 pagi disambut mesra oleh Seri Paduka Baginda.

Ketibaan beliau kemudian disusuli Istiadat Sambutan Negara yang melibatkan pemeriksaan perbarisan Kawalan Kehormatan Utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), selain alunan lagu kebangsaan Mesir dan Negaraku.

Presiden Al-Sisi turut menandatangani buku pelawat sebelum berlangsung sesi memperkenalkan delegasi Malaysia dan Mesir kepada kedua-dua pemimpin.

Sebagai penghormatan sempena Lawatan Negara itu, Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) kepada Presiden Mesir.

Seri Paduka Baginda dalam pada itu menzahirkan rasa besar hati atas kunjungan rasmi Presiden Mesir berkenaan yang disifatkan sebagai lambang hubungan persahabatan erat yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara.

“Lawatan ini mencerminkan persahabatan akrab sekian lama antara Malaysia dan Mesir yang berlandaskan saling hormat, percaya dan bersefahaman.

“Pemeteraian Perkongsian Strategik dalam Lawatan Negara ini juga membuktikan komitmen kedua-dua negara ke arah kerjasama yang lebih erat dalam pelbagai bidang bagi manfaat bersama,” titah Seri Paduka Baginda.

Selesai istiadat berkenaan, Sultan Ibrahim berkenan meraikan Presiden Al-Sisi bersama delegasi Mesir dalam satu majlis Santapan Negara.

Presiden Al-Sisi turut memanjangkan jemputan kepada Seri Paduka Baginda untuk mengadakan Lawatan Negara ke Mesir. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Tags: Darjah Utama Seri Mahkota Negarakurniapresiden mesirTerima menghadapYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Terima Menghadap Rombongan UTM, Bincang Punca Tersurat Tersirat Kes Jenayah Babitkan Pelajar Sekolah

Raja Permaisuri Agong Terima Menghadap Rombongan UTM, Bincang Punca Tersurat Tersirat Kes Jenayah Babitkan Pelajar Sekolah

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan menerima menghadap rombongan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan program Ilham...

Tok Mat Menghadap Agong, Sembah Taklimat Lawatan Presiden Mesir, Raja Jordan Ke Malaysia

Tok Mat Menghadap Agong, Sembah Taklimat Lawatan Presiden Mesir, Raja Jordan Ke Malaysia

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd