• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPIM Mahu Umat Islam Boikot Hotel Anti-Hijab

oleh
15/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“SAYA cadangkan kita (pengguna beragama Islam) senarai hitamkan nama hotel-hotel yang tidak tahu menghormati hak umat Islam dan tidak patuh syariah kemudian viralkan (ditularkan).

“Ini supaya semua saudara Islam tahu dan selepas ini jangan lagi pergi ke hotel yang jelas membenci umat Islam di negara ini,” demikian tegas Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Menurut beliau yang dipetik portal tempatan Menara.my, pada zaman ini setiap pengguna Muslim seharusnya lebih bijak dalam membuat pilihan tanpa mengharapkan inisiatif kempen daripada pihak kerajaan semata-mata.

“Kita seru kepada kesepakatan pengguna Islam untuk melindungi diri mereka daripada dilihat sebagai keadaan dalam diskriminasi,” katanya sebagai mengulas laporan ada hotel enggan benar stafnya berhijab ketika bertugas.

Perkara pelik didedahkan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada Ahad lalu yang kesal ia melanggar hak kebebasan amalan beragama yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Sebelum itu, Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dilaporkan tetap mempertahankan tindakan operator hotel yang melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung bertugas di bahagian perkhidmatan pelanggan (frontdesk).

Ia turut mendapat reaksi keras menteri berkenaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz di Parlimen pada Selasa yang menyifatkan tindakan MAH sebagai kurang ajar dan tidak menghormati Islam sebagai agama Persekutuan.

Baca: Hotel Larang Staf Berhijab Langgar Perlembagaan

Juga: “Kurang Ajar” – Menteri Berang Hotel Larang Hijab

Mengulas lanjut Nadzim berkata, “Sudah tiba masanya pengguna Islam menyedari kuasa yang ada pada mereka sendiri dan menggunakannya tanpa rasa tertekan bagi menghapuskan diskriminasi tersebut tanpa bimbang.

“Sebaliknya biarkan pengusaha hotel itu pula yang berasa tertekan akibat dari perbuatan biadab mereka sendiri.” Nadzim menjelaskan, Malaysia mengamalkan Perlembagaan berpandukan Islam sebagai Agama Persekutuan.

Ini bermakna sesiapa pun yang tinggal di negara ini mesti mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. “Polisi atau SOP hotel itu soal kedua, yang penting Perlembagaan (Persekutuan) perlu dipatuhi terlebih dahulu,” tegasnya.

Menurutnya, jika dilihat di Amerika Syarikat, China mahupun Iran misalnya, mereka juga ada perlembagaan masing-masing bahkan di mana-mana negara mengikut perlembagaan tertentu yang ditetapkan negara berkenaan.

“Kalau mereka tidak ikut undang-undang yang ditetapkan, pengguna pun janganlah ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’, cari sahajalah hotel yang lain. Mengapa penguat kuasa tidak boleh bertegas?” soal beliau.

Beliau mengesa, “Pekerja dinafikan hak untuk amal ajaran Islam atas alasan SOP dan polisi hotel supaya tegakkan pendirian dan tegas selain buat laporan kepada pihak berkuasa ke atas majikan tidak bertanggungjawab itu.”

Menurutnya, majlis-majlis bufet kerajaan juga perlu bersepakat untuk memboikot dan tidak mengadakan lagi majlis di hotel-hotel yang tidak tahu menghormati Islam sebagai agama Persekutuan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: hijabhotelPPIM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Samseng KLCC’ Dah Kena Tahan Polis

Next Post

Penagih Dadah Khianat Di Balai Polis Gopeng Ditahan

Related Posts

Ikrar Bawa Tanglung Rupanya Seludup Rokok, Arak Bernilai RM9 Juta

Remaja Tidur Di Hotel 6 Hari, Sebelum Berjaya Larikan Diri

18/01/2024
0

Hulu Selangor: Remaja lelaki berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang dari surau perumahan Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam, di sini...

Empat ‘Superman’ LPT1 Didakwa Di Mahkamah

Pemandu Lori Didakwa Rogol Anak Di Hotel

29/12/2023
0

BUTTERWORTH: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan merogol anak perempuannya yang berusia 14...

Next Post

Penagih Dadah Khianat Di Balai Polis Gopeng Ditahan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd