• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

WCES Gabung Peniaga Malaysia Diaspora Cina Luar

oleh AK-47
14/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HONG KONG – Sidang Kemuncak Ekonomi Cina Sedunia (WCES) bertema ‘Menangani Ketidaktentuan Global: Meneroka Peluang Baharu’ yang berakhir hari ini telah dapat menggabungkan usahawan dan peniaga dari Malaysia dengan peniaga tanah besar China serta diaspora Cina di luar negara, terutama di Hong Kong.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pada waktu yang sama diaspora Cina dari pelbagai negara boleh melabur di Malaysia sama ada secara terus, melalui kerjasama atau usaha sama dengan syarikat Malaysia.

“Peluang ini tentunya boleh diperolehi melalui pemadanan perniagaan, terutama apabila terdapat sidang kemuncak atau sidang antarabangsa atau pun mesyuarat peringkat tinggi antara diaspora Cina di luar negara,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini, hari ini.

Turut hadir Konsul Jeneral Malaysia di Hong Kong dan Macau, Datuk Tengku Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin dan Konsul Malaysia, Grace Rebekah Teh.

Ahmad Zahid juga berkata, dengan termeterainya Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN-Hong Kong kelmarin akan memberi peluang terbaik kepada diaspora Cina di Hong Kong melabur di Malaysia.

“Dengan iklim pelaburan terbaik, insentif dan beberapa pelepasan cukai akan menjadi elemen penting untuk menarik pelaburan langsung asing ke Malaysia,” katanya.

Ahmad Zahid pada Isnin menyampaikan ucaptama pada WCES, acara utama antarabangsa yang bermatlamat meningkatkan perhubungan dan rangkaian perniagaan antara China dan ASEAN.

Persidangan dua hari yang menghimpunkan pemimpin kerajaan, perniagaan dan akademik serta pemikir dari 30 negara juga bertujuan meraikan ulang tahun ke-20 penubuhan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dan pemeteraian FTA ASEAN-Hong Kong yang melengkapi FTA China-ASEAN.

Ia dianjur oleh Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI).

Antara mereka yang memberi ucapan khas ialah Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang juga Penasihat Kehormat WCES. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd