• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAC Bentang Laporan Kolej Tentera Udara, Projek Air

oleh Ahmad Albab
14/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen telah mendapatkan penjelasan daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan pada 15 Mac lepas berhubung beberapa kelemahan dalam pengurusan pembinaan Kolej Tentera Udara Kepala Batas, Kedah.

Pengerusinya Datuk Seri Hasan Ariffin dalam laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen hari ini berkata, mesyuarat prosiding itu adalah susulan penemuan Jabatan Audit Negara (JAN) dalam pembentangan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2014 Siri 1 yang dibentangkan di Parlimen pada 6 April 2015.

Hasan berkata, sewaktu mesyuarat prosiding itu berlangsung, anggota PAC Parlimen telah membangkitkan isu-isu, antara lain, berhubung nilai keseluruhan projek yang belum dimuktamadkan; jumlah peningkatan bagi pembayaran yuran perunding belum dimuktamadkan kerana nilai keseluruhan projek belum diselaraskan; serta dokumen kontrak telah lewat disempurnakan selama 16 bulan selepas mengambil kira tempoh empat bulan yang dibenarkan.

Selain itu, katanya lagi, isu-isu lain yang dibangkitkan ialah sebahagian kerja binaan yang dilaksanakan kurang berkualiti; bangunan tidak diduduki sepenuhnya walaupun telah siap dibina; serta kemasan lantai kurang memuaskan seperti kerja elektrikal & mekanikal tidak sempurna dan kemasan di tangga tertanggal.

Dalam pada itu, PAC turut membentangkan laporan mengenai Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Negeri Sabah Di Bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

Hasan berkata, Ketua Setiausaha KKLW, Datuk Mohd Arif Ab Rahman dan Timbalan Pengarah JANS, Teo Chee Kong yang mewakili JANS telah dipanggil pada 7 Sept 2016, susulan penemuan JAN dalam laporan audit yang sama.

Beliau berkata, dalam mesyuarat prosiding itu, anggota PAC membangkitkan persoalan mengenai sistem retikulasi Projek BALB Pulau Gaya.

Selain itu, katanya lagi, anggota PAC turut mengadakan lawatan kerja ke Pulau Gaya pada 15 Jan lepas untuk melihat sendiri projek berkenaan.

Hasan berkata, orang ramai yang berminat untuk membaca dan meneliti Laporan PAC Parlimen berhubung pengurusan pembinaan Kolej Tentera Udara dan projek air berkenaan boleh memuat turun laporan berkenaan di laman web PAC www.parlimen.gov.my/pac. – BERNAMA

Tags: Jabatan Audit NegaraPAC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

PAC Dedah Kabinet Lulus Dua Sistem Pengurusan Pekerja Asing Laksana Fungsi Sama

PAC Dedah Kabinet Lulus Dua Sistem Pengurusan Pekerja Asing Laksana Fungsi Sama

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2015 meluluskan dua sistem pengurusan pekerja asing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd