• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Cuma Berani Haram Utusan, Tapi Pesta Arak…

oleh
12/11/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TINDAKAN kerajaan Selangor mengharamkan langganan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian jelas memaparkan sifat tidak matang dan kebudak-budakan kepimpinan negeri itu.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa keputusan itu sekali gus memberi gambaran buruk terhadap pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammed Azmin Ali yang terus tunduk di bawah pengaruh DAP.

Parti cauvinis itu terkenal anti-Melayu dan anti-Islam. Justeru Azmin hanya hebat dalam mengharamkan akhbar Melayu, tetapi ‘menikus’ dalam kes pesta arak dan penolakan usul memperkasa mahkamah syariah di negeri itu.

“Ia membuktikan betapa kerajaan Azmin begitu tertekan dan hadapi masalah inferiority complex apabila tidak lagi punya keyakinan diri serta menaruh bimbang rakyat Selangor terutama orang Melayu dan umat Islam berubah arah.

“Mungkin kerajaan negeri bimbang pengundi Melayu Islam tidak lagi beri sokongan kepada sebuah kerajaan yang ternyata dikuasai DAP serta tidak berhasrat bela kepentingan agama dan bangsa,” kataya dalam satu kenyataan.

Menurut Annuar, dua akhbar itu merupakan media arus perdana yang sejak sebelum merdeka lagi memperjuangkan kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu begitu gigih dalam konteks negara majmuk berbilang kaum dan agama.

Baca: Kantoi! Selangor ‘Haram’ Akhbar Kumpulan Utusan, BH

Namun kini dilihat sebagai musuh kepada dasar pentadbiran kerajaan Selangor sejak 2008 yang nyata sudah dikuasai oleh DAP manakala parti-parti lain dalam blok pakatan terpaksa akur demi mengekalkan kuasa sendiri.

“Kita berasa yakin bahawa tindakan ini tidak direstui oleh rakyat Selangor sendiri dan ini akan meningkatkan lagi penolakan majoriti rakyat terhadap Kerajaan Pakatan Harapan pimpinan DAP.

“Kerajaan Selangor lupa bahawa di bawah rangkaian Utusan dan BH, terdapat ramai anak Selangor yang mendapat peluang pekerjaan dan perniagaan malah mereka tidak pernah didiskriminasikan.

“Kita percaya tindakan yang sangat tidak wajar ini akan menyebabkan lebih cepat rakyat menolak pimpinan Kerajaan Selangor yang kini kuat dikuasai oleh DAP,” kata Annuar lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas surat daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang mengarahkan supaya menghentikan langganan dan pengiklanan akhbar di bawah Kumpulan Utusan.

Pentadbiran kerajaan juga meminta setiap jabatan, agensi dan anak syarikat kerajaan negeri supaya memberi tumpuan kepada akhbar Selangor Kini, Sinar Harian dan The Star sahaja. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Annuar MusaKumpulan Utusan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd