• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Venue Sukma Dijangka Siap Februari Depan

oleh Ahmad Albab
09/11/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan Perak memberi jaminan setiap kemudahan sukan bagi penganjuran Sukan Malaysia XIX (Sukma ke-19) 2018, bakal siap sepenuhnya menjelang Februari depan.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pelaksana Sukma XIX Perak 2018, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata RM160 juta diperuntukkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) sejak tahun lepas untuk memastikan proses baik pulih, menaik taraf dan pembinaan semua kemudahan baharu itu berjalan lancar.

“Semua proses baik pulih, naik taraf dan pembinaan kemudahan baharu itu akan siap secara berperingkat dan meliputi semua kemudahan seperti Stadium Ipoh, Pusat Akuatik, Kompleks Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Stadium Indera Mulia dan lain-lain yang akan digunakan pada Sukma nanti.

”Jangkaan kita, semua kemudahan ini akan siap pada Februari atau selewat-lewatnya awal April tahun depan,” katanya pada sidang media selepas melawat beberapa venue Sukma 2018, di sini, hari ini.

Sukma 2018 yang dijangka berlangsung selama 11 hari bermula 12 Sept, akan mempertandingkan 29 acara dan 27 venue akan digunakan sebagai gelanggang pertandingan.

Abdul Puhat yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Perak berkata, selain Ipoh, pihaknya turut akan mengadakan lawatan ke Taiping dan Manjung dalam masa terdekat bagi melihat sendiri proses menaik taraf dan membaik pulih yang dijalankan di venue berkenaan.

“Di Taiping, kita akan adakan acara judo, berbasikal, bola jaring, golf dan bola sepak manakala di Manjung membabitkan pelayaran serta futsal,” katanya.

Sementara itu, Exco Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata kejohanan pra Sukma akan diadakan sekitar Jun tahun depan, di beberapa venue bertujuan memastikan ia mencapai spesifikasi yang ditetapkan.

“Ia sebagai satu proses percubaan dalam memastikan kemudahan yang terdapat di beberapa venue itu selamat dan boleh digunakan untuk Sukma,” katanya.

Mengenai beberapa acara yang akan diadakan di luar Ipoh, beliau berkata pendekatan itu sebagai salah satu usaha kerajaan negeri untuk merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat di Perak, dan idea itu dicetuskan sendiri Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. – BERNAMA

Tags: Sukma
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KBS Nafi Wujud Sabotaj Isu 12 Acara Sukma Gugur

KBS Nafi Wujud Sabotaj Isu 12 Acara Sukma Gugur

20/08/2022
0

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menafikan terdapat sebarang unsur sabotaj oleh persatuan sukan di sebalik pengguguran 12 acara Sukan Malaysia...

Johor Giat Pencarian Atlet Pelapis Sukma 2024

20/04/2022
0

JOHOR BAHRU : Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) kini sedang rancak melakukan persiapan khususnya melibatkan aspek pencarian atlet dan bakat-bakat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd