• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Zahid Jamin Rawatan Terbaik Untuk Anwar

oleh AK-47
08/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi jaminan bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi masalah kesihatan di Penjara Sungai Buloh, Selangor, diberikan rawatan yang terbaik.

Katanya, pihak Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah-langkah yang memenuhi permintaan Anwar dan keluarganya berhubung perkara itu.

“Saya ingin menyatakan bahawa rawatan yang terbaik daripada doktor pakar yang sesuai dan ‘post operation’ atau rawatan pasca pembedahan akan diberikan kepada beliau dan kita tentunya mendoakan agar selepas rawatan ini beliau akan segera sembuh.

“Kita berharap pegawai-pegawai perubatan Kementerian Kesihatan dapat memberikan rawatan yang terbaik dan pasca rawatan yang terbaik juga,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 peringkat dasar bagi Kementerian Dalam Negeri, di Dewan Rakyat hari ini.

Jawapan Ahmad Zahid itu disambut baik oleh Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai), yang juga anak kepada Anwar, yang mencelah penggulungan itu dengan mengucapkan terima kasih dan turut memohon jaminan keselamatan terhadap banduan di penjara susulan kemalangan jalan raya yang menimpa Anwar baru-baru ini.

Pada 22 Sept lalu, Anwar yang mendapat rawatan untuk masalah kesihatanya di Hospital Kuala Lumpur (HKL), terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dari hospital berkenaan ke Penjara Sungai Buloh.

Mengenai kemalangan itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata siasatan sedang dilakukan dan tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang berkenaan sekiranya kejadian itu didapati disengajakan.

Dalam pada itu, menjawab soalan tambahan Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang menimbulkan persoalan mengenai peralihan jawatan Ketua Polis Negara yang menurutnya seperti ada yang ‘tidak kena’, Ahmad Zahid berkata pelantikan Tan Sri Mohamad Fuzi Harun sebagai Ketua Polis Negara yang baharu telah mengikuti prosedur biasa dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya bertindak secara profesional untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong, bagi memperkenankan pelantikan Mohamad Fuzi sebagai Ketua Polis Negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd