• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laksanakan Audit Dalaman Elak Salah Guna Dana

oleh Ahmad Albab
07/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Audit dalaman perlu dilaksanakan secara berterusan bagi mengelakkan penyalahgunaan dana dan aset organisasi, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata ketua-ketua bahagian dan jabatan juga perlu bersikap tegas dan tidak bertolak ansur terhadap mana-mana pekerja atau pihak lain yang terlibat dengan rasuah dalam pelaksanaan tugas tanpa mengira pangkat, kedudukan dan status mereka.

“Setiap perlakuan rasuah yang berlaku juga perlu dilaporkan kepada pihak pengurusan tertinggi dan pihak berkuasa berwajib,” katanya ketika merasmikan majlis melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), di sini hari ini.

Salleh berkata usaha mempromosi nilai-nilai ketelusan integriti dan tadbir urus yang baik perlulah dilaksanakan secara konsisten selain tidak membenarkan sebarang perbuatan rasuah, sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam organisasi.

Ini termasuk dalam semua prosedur melibatkan pembekal, pemegang lesen, pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan, katanya.

Salleh berkata setiap warga kerja dalam organisasi juga perlu memastikan pematuhan sepenuhnya kod etika yang telah dibangunkan demi mewujudkan persekitaran budaya kerja positif dan kondusif.

Tambahnya, antara inisiatif yang boleh dilaksanakan bagi membentuk budaya integriti berterusan adalah dengan mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada warga kerja yang menunjukkan integriti dan etika tinggi.

“Kementerian dan agensi juga disaran meningkatkan saluran aduan yang selamat dan boleh diakses oleh seluruh warga kerja serta lain-lain pihak bagi tujuan melaporkan perbuatan rasuah dengan penuh yakin, tanpa sebarang risiko tekanan atau diselubungi perasaan takut,” katanya.

Salleh berkata pengukuhan sistem dalaman yang menyokong pencegahan rasuah juga boleh dibuat menerusi pembangunan program-program dan latihan kepada pihak pengurusan serta seluruh warga kerja bagi menjelaskan nilai-nilai, dasar dan prosedur yang akan digunakan dalam mencegah rasuah.

Bagi MCMC pula, Salleh berkata elemen amalan positif berteraskan nilai murni yang dikenal pasti dalam Pelan Integriti Nasional (PIN) seperti jujur, ikhlas, bijaksana, adil, telus dan syukur, perlu dihayati dan sentiasa diamalkan untuk memastikan perkhidmatan berkualiti kepada masyarakat dan pihak yang berurusan dengan agensi itu. – BERNAMA

Tags: AuditDana
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Tidak Bertanggungjawab Kawal Bagaimana Dana SRC Diguna’ – Najib

‘Saya Tidak Bertanggungjawab Kawal Bagaimana Dana SRC Diguna’ – Najib

27/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak bertanggungjawab mengawal segenap segi bagaimana dana...

Saiz Dana KWAP Catat Pertumbuhan 7.4 Peratus Pada 2023

Saiz Dana KWAP Catat Pertumbuhan 7.4 Peratus Pada 2023

31/07/2024
0

KUALA LUMPUR - Saiz dana terkumpul Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) mencatatkan pertumbuhan sebanyak 7.4 peratus bagi tahun berakhir 31...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd