• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Che Pee Samsudin Akauntan Negara Baharu

oleh Ahmad Albab
05/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pengarah Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat dan Agensi Jabatan Akauntan Negara, Kementerian Kewangan, Datuk Che Pee Samsudin dilantik sebagai Akauntan Negara yang baharu berkuat kuasa Isnin.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, Che Pee, 57, menggantikan Datuk Wan Selamah Wan Sulaiman yang bersara wajib pada 18 Disember lalu.

Dalam satu kenyataan, Isnin, beliau berkata, pelantikan Che Pee adalah berdasarkan ciri-ciri kepimpinan, kelayakan, pengalaman dan kompetensi yang dimiliki oleh pegawai khususnya dalam perakaunan.

“Saya percaya Che Pee akan dapat memikul tanggungjawab dan melaksanakan tugas sebagai Akauntan Negara dengan penuh integriti dan profesional khususnya dalam menyedia dan memantapkan perkhidmatan perakaunan dan kewangan kerajaan yang komprehensif bagi mempertingkatkan akauntabiliti sektor awam,” katanya.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Che Pee telah lebih 30 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan mula dilantik sebagai Akauntan pada 5 Jan 1982.

Antara jawatan yang pernah disandang Che Pee ialah Bendahari Negeri Kedah, Akauntan di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (Peminjaman), Institut Kefahaman Islam Malaysia (Peminjaman), Langkawi Development Authority (Peminjaman), Bahagian Pemajuan Sumber Perakaunan Jabatan Akauntan Negara dan Akauntan Negara Cawangan Perlis.

Ali juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Wan Selamah atas segala sumbangan dan khidmat yang diberi sepanjang memegang jawatan sebagai Akauntan Negara. – BERNAMA

Tags: Jawatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hukuman Penjara Najib Razak Dikurangkan Separuh Daripada 12 Kepada 6 Tahun, Kata Sumber Rasmi

Sultan Ibrahim Lafaz Sumpah Jawatan Yang Di-Pertuan Agong Ke-17

31/01/2024
0

Kuala Lumpur: Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini selamat melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam upacara...

Azalina Pertahan Jawatan Ketua UMNO Bahagian Pengerang

Azalina Pertahan Jawatan Ketua UMNO Bahagian Pengerang

18/03/2023
0

KOTA TINGGI: Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Pengerang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd