• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dijel 27 Tahun Biayai Al-Qaeda, Mahu Bunuh Hakim

oleh Ahmad Albab
07/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Seorang warga India dijatuhi hukuman penjara lebih 27 tahun oleh mahkamah di sini, atas tuduhan membiayai kumpulan Al-Qaeda dan merancang membunuh hakim persekutuan yang mengadili perbicaraannya.

Yahya Farooq Mohammad, 39, adalah antara seorang daripada empat lelaki termasuk abangnya yang ditahan, pada September 2015.

Dia didakwa menghantar AS$22,000 (RM93,128) kepada Anwar Al-Awlaki, iaitu pemimpin Al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) kelahiran Amerika Syarikat, yang berpangkalan di Yaman.

Yahya dan dua yang lain dilaporkan mengunjungi Yaman pada 2009 untuk menyerahkan wang berkenaan kepada Anwar, yang juga individu yang merekrut ahli Al-Qaeda.

Namun, mereka gagal menemuinya, tetapi berjaya menyerahkan wang itu kepada Anwar menerusi orang tengah.

“Selepas ditahan pada 2015, Yahya cuba mengupah seseorang untuk membunuh hakim yang terbabit dalam perbicaraannya,” kata Jabatan Keadilan.

Sementara itu, pendakwa raya Amerika Syarikat, Justin Herdman, berkata: “Dia mengancam keselamatan warga negara kita, hakim dan sistem kehakiman yang bebas. Kini, dia perlu bertanggungjawab atas perbuatannya itu”.

Yahya tiba di Amerika Syarikat pada 2002 untuk menyambung pelajaran di Universiti Ohio State dan mengahwini rakyat negara itu pada 2008.

Dalam rayuannya, Yahya setuju dengan tempoh hukuman penjara selama 27 tahun dan enam bulan yang dijatuhkan ke atasnya, atau dia akan dihantar pulang ke negara asalnya. – AFP/BH ONLINE

Tags: Al-QaedaPenjara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali detik sukar yang pernah dilaluinya, tetapi golongan pemandu teksi...

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

13/06/2026
0

SEREMBAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri hari ini adalah ketentuan Allah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd