• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maut Ketika ‘Mendayung’ Pelacur Round Ke-7

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIAU – Seorang lelaki berusia 62 tahun maut selepas dikatakan terlalu ghairah melakukan hubungan seks di sebuah hotel bajet di bandar Pekanbaru, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.25 pagi waktu tempatan itu, Saridin Sinaga, 62, mati dalam keadaan separuh bogel ketika mengadakan hubungan seks dengan pelacur wanita berusia 35 tahun yang dikenali sebagai Yuni.

Lapor portal Metrosahan.com, pelacur wanita itu pada mulanya mengingatkan mangsa agar tidak melakukan seks kerana mereka difahamkan telah melakukannya sebanyak enam kali.

Namun, mangsa yang enggan menerima teguran Yuni itu dikatakan masih tidak puas dan meminta sekali lagi.

Pada ‘pusingan ke tujuh’, Saridin secara tiba-tiba mengadu kekejangan pada bahagian kaki sebelum rebah tidak sedarkan diri di atas badan wanita itu.

“Kira-kira 15 minit ketika melakukan seks, dia tersungkur, kemudian matanya memandang ke atas dan suaranya seperti orang yang sedang berdengkur,” kata Yuni.

Melihatkan mangsa yang tersungkur tidak sedarkan diri, wanita itu terus panik dan segera memaklumkan pihak hotel yang kemudian menghubungi ambulans untuk bantuan kecemasan.

Pihak Polis Daerah Tanah Rendah yang menerima panggilan dari pihak hotel terus ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa yang tidak berpakaian sudah meninggal dunia.

“Mangsa disahkan sudah meninggal dunia ketika diperiksa kakitangan perubatan. Bagaimanapun, punca kematian masih sedang disiasat,” kata seorang jurucakap polis Tanah Rendah.

Turut ditemui dalam bilik hotel berkenaan dua botol Bir hitam dan sebuah telefon bimbit.

Menurut Yuni, mereka sudah beberapa kali melakukan hubungan seks sejak berkenalan tiga bulan lalu di sebuah warung kopi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: IndonesiaPelacur
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan dakwaan yang mengaitkan Johor Corporation (JCorp) dengan kejadian kebakaran...

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Agensi pelancongan umrah diminta mengutamakan penerbangan terus menerusi Garuda Indonesia dan Lion Air bagi mengelakkan aliran keluar ekonomi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd