• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TH Nafi Hubungi Pendeposit Transaksi Pindah Wang

oleh AK-47
04/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan tidak pernah menghubungi mana-mana pendeposit bagi sebarang tujuan transaksi pemindahan wang.

Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Lembaga TH dalam satu kenyataan berkata peraturan pengeluaran atau pindahan wang juga tidak boleh dilaksanakan melalui panggilan telefon.

“TH telah menerima aduan daripada pendeposit, terdapat sindiket yang menyamar sebagai kakitangan TH telah menghubungi mereka dan memaklumkan berlaku transaksi pindahan wang dari akaun TH kepada pihak ketiga melalui sebuah bank komersial tempatan.

Untuk melakukan pengesahan transaksi tersebut, pemanggil memaklumkan akan mengalih panggilan tersebut ke Balai Polis Kota Kinabalu, di mana pegawai balai akan mendapatkan maklumat akaun pendeposit,” kata kenyataan itu hari ini.

Justeru, TH menasihatkan para pendeposit agar tidak mudah percaya sekiranya menerima panggilan telefon yang mendakwa sebagai kakitangan TH berhubung transaksi pemindahan wang.

Para pendeposit juga dinasihatkan supaya berwaspada dan tidak menuruti arahan pemanggil atau mendedahkan maklumat akaun mereka kepada orang tidak dikenali.

Pendeposit boleh menghubungi talian 03-62071919 untuk sebarang pertanyaan. – BERNAMA

Tags: TH
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

Kuota Haji Sudah Penuh, Penerbangan Pertama 18 April Ini – TH

Kuota Haji Sudah Penuh, Penerbangan Pertama 18 April Ini – TH

18/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan proses tawaran haji musim 1447H/2026M lebih lancar dengan kuota yang diperuntukkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd