• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jel 6 Bulan Nikah Tanpa Izin Isteri Pertama

oleh Ahmad Albab
03/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHORE – Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan denda 200,000 rupee(RM8,000) oleh Mahkamah Rendah Lahore, Pakistan kerana berkahwin kali kedua tanpa dapat izin isteri pertamanya.

Keputusan Majistret Ali Jawwad Naqvi itu sekali gus mendapat pujian aktivis wanita memandangkan ia kali pertama mahkamah di Pakistan membuat keputusan menyebelahi wanita mengikut Undang-undang Keluarga 2015.

Petisyen itu difailkan Ayesha Bibi terhadap suaminya Shahzad Saqib yang berkahwin kali kedua tanpa kebenarannya yang ditegaskan sebagai kesalahan mengikut undang-undang.

Mahkamah menolak hujah lelaki berkenaan bahawa dia tidak perlu meminta kebenaran daripada isteri pertamanya kerana agama membenarkannya berpoligami sehingga empat wanita.

Majlis Ideologi Islam (CII) – badan yang menasihati kerajaan mengenai keserasian undang-undang dengan Islam – kerap mengkritik peruntukan untuk suami mendapatkan kebenaran bertulis isteri sekiranya ingin berkahwin lagi.

Bagaimanapun, cadangan CII itu tidak mengikat dari segi undang-undang negara.

Romana Bashir yang mengetuai pertubuhan bukan kerajaan, Yayasan Keamanan dan Pembangunan berkata: “Sungguh hebat apabila seorang wanita yang dianiaya menggunakan undang-undang ini di mahkamah. Keputusan ini kesan baik terhadap pemerkasaan wanita.” – Reuters/myMetro Online

Tags: nikahPenjarapoligami
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

13/06/2026
0

SEREMBAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri hari ini adalah ketentuan Allah...

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd