• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Bayar Pampasan Bagi Pemansuhan 4 Tol

oleh Ahmad Albab
04/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan bayar pampasan bagi pemansuhan kutipan empat tol di Semenanjung Malaysia kepada pengendali lebuh raya tersebut tahun depan, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata kerajaan perlu menyerap kerugian yang ditanggung oleh syarikat yang terlibat dengan pemansuhan tol seperti yang diumumkan dalam Bajet 2018, untuk manfaat rakyat.

Katanya anggaran pampasan bagi dua tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor berjumlah sekitar RM102 juta setahun, manakala bagi tol di Bukit Kayu Hitam, Kedah dianggarkan RM8 juta.

“Kerajaan sentiasa mendengar dan kita juga melihat kepada keupayaan kita untuk memenuhi kehendak rakyat. Sebanyak 155,000 kenderaan menggunakan laluan bertol (Batu Tiga dan Sungai Rasau) setiap hari.

“Permintaan (daripada penduduk) telah berlaku agak lama… dan pemimpin dalam Barisan Nasional telah memohon kepada kerajaan untuk memansuhkan dua tol ini,” katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Soal Jawab TV3 berkaitan topik, ‘Bajet 2018’ malam tadi.

Johari berkata pampasan bagi pemansuhan kutipan empat tol kepada operator terbabit akan dibayar menggunakan sumber kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat minggu lepas, mengumumkan pemansuhan kutipan empat tol, termasuk di Eastern Dispersal Link (EDL), Johor, mulai 1 Januari 2018.

Johari menjelaskan kerajaan kini dalam perbincangan dengan pihak pengendali lebuh raya tersebut.

“Kita kini di peringkat akhir perbincangan dan kita perlu membayar (pampasan) kerana kerajaan mengambil alih aset dan kutipan tol mereka. Kita perlu membayar balik tetapi ini semua untuk rakyat,” katanya.

UEM Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, merupakan pemegang saham utama PLUS Malaysia Bhd (PLUS), pengendali lebuh raya tol terbesar di Malaysia termasuk tol Batu Tiga, Sungai Rasau dan Bukit Kayu Hitam, manakala Malaysian Resources Corporation Bhd adalah syarikat konsesi yang mengendalikan Lebuhraya EDL.

Dalam program itu, Johari turut menyentuh mengenai keunikan struktur ekonomi Malaysia berbanding negara-negara maju, berikutan Malaysia masih meneruskan subsidi untuk perkhidmatan seperti pendidikan dan kesihatan yang hampir percuma.

Mengenai rumah mampu milik, katanya laporan yang diterima daripada Bank Negara Malaysia menunjukkan purata rakyat Malaysia mampu meminjam hanya RM250,000 ke bawah, namun rumah berharga RM250,000 ke bawah tidak mencukupi.

Beliau berkata bagi perbandaran baharu, kerajaan akan memastikan wujud penawaran untuk rumah mampu milik, selain meneruskan lagi usaha pemilikan rumah untuk rakyat dengan peruntukan yang diumumkan.

Dalam Bajet 2018, kerajaan memperuntukkan RM2.2 bilion dalam perumahan dan kediaman, iaitu RM1.5 bilion diperuntukkan kepada Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) untuk membina 210,000 unit rumah berharga RM250,000 ke bawah.

Johari juga berkata pemilikan rumah untuk rakyat melalui pelbagai peringkat pelaksanaan akan diteruskan seperti program Projek Perumahan Rakyat, program Rumah Mesra Rakyat di bawah Syarikat Perumahan Negara Bhd dan program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M). – BERNAMA

Tags: Tol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelakon Shahrol Shiro tampil dengan kenyataan sinis berhubung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat...

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd