• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Dominasi Skuad Negara Bertemu Korea Utara

oleh Ahmad Albab
01/11/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Separuh daripada pemain yang dipanggil bagi menjalani latihan pusat skuad kebangsaan untuk menghadapi dua perlawanan Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara di Stadium I-Mobile, Buriram, Thailand pada 10 dan 13 November ini merupakan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT)

Secara keseluruhan Pengurus merangkap Ketua Jurulatih Kebangsaan, Nelo Vingada memanggil seramai 12 pemain JDT, empat pemain Perak, dua pemain Kedah, dua pemain Pahang, dua pemain Selangor, dan dua lagi pemain masing-masing daripada pasukan Felda United dan Pulau Pinang.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan berkata, kesemua pemain terbabit telah dipanggil untuk ke kem latihan pusat skuad kebangsaan Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 4 November ini sebagai persediaan menghadapi perlawanan itu.

Seramai 12 pemain JDT terlibat ialah Safiq Rahim, Ahmad Hazwan Bakri, Darren Lok, Nazmi Faiz Mansor, Safawi Rasid, Fadhli Shas, Fazly Mazlan, Izham Tarmizi Roslan, Junior Eldstal, Afiq Fazail, S. Kunalan dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham.

Pemain Perak yang dipanggil ke kem latihan itu Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Shahrom Abdul Kalam, Nazirul Naim Che Hashim dan Amirul Azhan Aznan, manakala pemain Kedah ialah Baddrol Bakhtiar dan Syafiq Ahmad.

Kiko Insa dan Nor Azam Abdul Azih dari Pahang turut dipanggil bersama-sama pemain Selangor, Khairulazhan Khalid dan Adam Nor Azlin serta Wan Zack Haikal Wan Nor dari Felda United dan Syamer Kutty Abba daripada pasukan Pulau Pinang.

Bagi kem latihan pusat kali ini, 10 pemain daripada pasukan Perak, Pahang, Selangor, Felda United dan Pulau Pinang akan melapor diri pada Sabtu ini, sementara baki 14 pemain dari JDT dan Kedah akan melapor diri pada 6 November 2017 kerana terlibat dengan Final Piala Malaysia 2017 di Stadium Shah Alam.

Skuad Harimau Malaya dijadual berlepas ke Buriram melalui Bangkok pada Selasa, 7 November.

Kumpulan B saingan kelayakan ketika ini menyaksikan Lebanon di tangga teratas dengan 10 mata, Hong Kong di tangga kedua dengan 5 mata, Korea Utara ketiga dengan 2 mata dan Malaysia keempat dengan 1 mata. Lebanon dan Hong Kong sudah beraksi empat perlawanan manakala Korea Utara dan Malaysia kurang satu perlawanan. – Mynewshub.cc

Tags: FAMJDTNelo VingadaPiala Asia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengucapkan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd