• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCA Sedia Tebus Kegagalan 2 Pilihan Raya Sebelum Ini

oleh AK-47
31/10/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – MCA bersedia untuk menebus kegagalan yang dialami parti itu dalam dua pilihan raya umum sebelum ini, kata presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata parti itu telah melalui transformasi dan kini bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Kami telah mengalami dua kegagalan (pada 2008 dan 2013), dan saya yakin kali ini kami bersedia untuk mengatasinya. Ini amat penting bagi kami,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat parti itu di sini hari ini.

Dalam pilihan raya umum 2008, MCA hanya berjaya mengekalkan 15 kerusi parlimen daripada 40 kerusi yang ditandingi, dan kalah semua kerusi parlimen di Pulau Pinang, Kuala Lumpur serta Negeri Sembilan.

Pada pilihan raya umum 2013 pula, parti itu hanya memperoleh tujuh kerusi parlimen dan 11 kerusi dewan undangan negeri, yang disifatkan sebagai kegagalan terbesar MCA.

MCA akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) ke-64 pada Sabtu dan Ahad ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual merasmikan AGM berkenaan.

Antara topik yang akan dibincangkan dalam perhimpunan agung itu adalah jentera pilihan raya parti, sumbangan MCA kepada rakyat dan sebagainya.

Dalam perkembangan lain, Liow berkata MCA menyambut baik bajet yang dibentangkan perdana menteri pada Jumaat lepas.

“Kami percaya bajet itu akan terus merancakkan ekonomi negara, memperkasa Perusahan Kecil dan Sederhana serta mempertingkatkan sektor digital selain logistik,” kata Liow, yang juga Menteri Pengangkutan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Liow Tiong LaiMCA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hanya Satu Episod Kecil, Matlamat Akhir Mereka Mahu UEC Setaraf SPM STPM – Anuar

Hanya Satu Episod Kecil, Matlamat Akhir Mereka Mahu UEC Setaraf SPM STPM – Anuar

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Matlamat sebenar pihak yang mendesak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah UEC dijadikan setaraf dengan Sijil Pelajaran...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd