• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Wanita Indonesia Tanpa Permit, Suami Isteri Didenda

oleh AK-47
31/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Sepasang suami isteri masing-masing didenda RM20,000 atau penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan mengambil kerja dua wanita Indonesia tanpa permit sah, bulan lepas.

Majistret Salamiah Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Leow Keng Liok, 50, dan isterinya, warga Indonesia, Nur Chusnul Chotimah, 31,selepas mereka mengaku bersalah atas dua pertuduhan itu.

Mereka masing-masing didenda RM10,000 atau empat bulan penjara bagi setiap pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, mereka bersama-sama mengambil Fitrianingsih, 24, dan Sustiah, 21, tanpa permit sah di sebuah premis, di Taipan 2, Ara Damansara, di sini, pada 10 pagi, 7 Sept lepas.

Leow yang merupakan pengarah sebuah syarikat yang membekalkan kedi di kelab golf dan Nur Chusnul Chotimah pula pengurus syarikat sama didakwa mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1956/1963 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran atas alasan mereka tidak seharusnya mengambil pekerja asing tanpa permit yang sah.

Bagaimanapun, pasangan suami isteri itu yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda ringan atas alasan mereka menanggung keluarga. – BERNAMA

Tags: didenda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

Penuntut Warga Russia Didenda RM10,000 Rakam Tayangan Filem Di Pawagam

Penuntut Warga Russia Didenda RM10,000 Rakam Tayangan Filem Di Pawagam

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Russia didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana merakam tayangan filem dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd