• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Murid Kena Buli.. Polis Kedah Terima 4 Laporan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis Kedah menerima empat laporan berhubung kejadian buli di sebuah sekolah rendah di sini membabitkan lebih lima pelajar dan seorang mangsa yang tersebar dalam laman sosial sejak Jumaat lepas.

Ketua Polis Negeri, Datuk Zamri Yahya berkata kes buli itu berlaku September tahun lepas tetapi tiada sebarang laporan polis yang dibuat berhubung kejadian itu sehinggah ia mula menjadi viral di laman sosial.

“Rakaman video itu melibatkan lima orang pelajar dan seorang mangsa yang masing-masing merupakan pelajar tahun enam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Siasatan Polis Kedah mendapati kejadian buli itu berlaku kira-kira dua minggu selepas tamatnya peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Zamri empat laporan polis telah dibuat semalam oleh beberapa pihak yang menonton video klip tersebut di laman sosial.

Berikutan laporan itu, katanya pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh tanpa senjata.

Beliau turut meminta mana-mana pelajar yang menjadi mangsa buli atau tahu mengenai sebarang kejadian buli supaya melaporkan kepada pihak polis. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=zeSCA4WWLi4

Tags: kes bulipolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Asyraf Wajdi Sedih, Kongsi Dakwaan Kes Buli Bukan Kali Pertama Berlaku Di Sekolah Sama

Asyraf Wajdi Sedih, Kongsi Dakwaan Kes Buli Bukan Kali Pertama Berlaku Di Sekolah Sama

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meluahkan rasa sedih dan terkesan susulan kematian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd