• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Selangor Ucap Terima Kasih Kepada PM

oleh Ahmad Albab
29/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – UMNO Selangor hari ini merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak susulan pengumuman pemansuhan kutipan tol di Plaza Batu Tiga, di sini dan Sungai Rasau, Klang berkuat kuasa 1 Jan depan.

Mereka menzahirkan rasa terima kasih itu dengan berkumpul di kawasan lapang berhampiran Plaza Tol Batu Tiga, di sini.

Kumpulan itu yang membawa sepanduk bertulis ‘Terima Kasih Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak’ menarik perhatian pengguna lebuh raya berkenaan yang turut membunyikan hon kenderaan masing-masing.

Antara pemimpin UMNO yang hadir ialah Pengerusi Barisan Nasional Selangor Tan Sri Noh Omar, Ketua UMNO Bahagian Shah Alam Datuk Azhari Shaari, dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam Datuk Ahmad Mua’adzam Shah Yaakop.

Noh berkata pemansuhan kutipan tol berkenaan merupakan usaha tanpa henti UMNO Selangor, khususnya UMNO Shah Alam, sejak 2014.

“Jadi kami mewakili rakyat di Selangor mengucapkan ribuan terima kasih kepada perdana menteri atas pengumuman semalam yang saya percaya sedikit sebanyak dapat meringankan beban kos sara hidup rakyat terutamanya kepada individu yang menggunakan laluan ini untuk ulang alik dari tempat kerja ke rumah,” katanya.

Kadar Tol Batu Tiga adalah RM1.10 sehala manakala kadar Tol Sungai Rasau adalah RM1 sehala.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan perkara itu ketika ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat semalam. – BERNAMA

Tags: Tol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

14/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Jalan raya yang digunakan orang awam tidak boleh dikenakan tol secara unilateral oleh pihak swasta, kata Presiden Pemerhati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd