• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Kurangkan Kadar Cukai Pendapatan Individu

oleh Ahmad Albab
29/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan akan mengenakan pengurangan kadar cukai berpendapatan individu pemastautin untuk 2.3 juta pembayar cukai terutamanya bagi golongan M40 atau lebih khususnya isi rumah berpendapatan RM9 ribu ke bawah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat berkata langkah itu akan meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat antara RM300 hingga RM1,000, serta bertujuan bagi merapatkan lagi jurang pendapatan di Malaysia.

“Ini bermakna, dianggarkan sejumlah RM1.5 bilion lebihan pendapatan boleh guna dapat dibelanjakan oleh rakyat. Dengan langkah ini juga, lebih 261 ribu orang kini tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan,” katanya.

Antara langkah yang diambil, jelasnya ialah mengurangkan kadar cukai pendapatan individu pemastautin sebanyak dua mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara RM20 ribu hingga RM70 ribu.

Bagi banjaran pendapatan bercukai daripada RM20,001 sehingga RM35,001, kadarnya diturunkan daripada lima peratus kepada tiga peratus; banjaran pendapatan bercukai daripada RM35,001 sehingga RM50,000, sepuluh peratus kepada lapan peratus.

Dan bagi banjaran pendapatan bercukai daripada RM50,001 sehingga RM70,000, Najib berkata kadarnya diturunkan daripada 16 peratus kepada 14 peratus.

Selain itu, perdana menteri berkata, kerajaan melalui Bajet 2018 akan turut mengekalkan subsidi sebanyak RM3.9 bilion bagi barangan dan pengangkutan, termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, elektrik, dan tol. – BERNAMA

Tags: Bajet 2018Cukai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan adakah syarikat utiliti negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikenakan...

Kadar Elektrik Meningkat Lapan Bulan Berturut-Turut – Wee Ka Siong

Kadar Elektrik Meningkat Lapan Bulan Berturut-Turut – Wee Ka Siong

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Wee La Siong mendakwa bil elektrik semakin mahal yang turut dirasai oleh rakyat Johor ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd