• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Naib Presiden PKR Sokong Pelaksanaan Indeks Syariah

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd Akin menyambut baik komitmen kerajaan untuk melaksanakan Indeks Syariah.

Kata beliau, beliau mengalu-alukan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tersebut sebagai langkah kerajaan mengimarahkan prinsip dan sistem nilai Islam dalam tadbir urus negara.

“Ini sangat sesuai dalam keadaan negara mencatatkan pengurusan kewangan yang lemah sebagaimana yang dilaporkan melalui Laporan Ketua Audit Negara saban tahun.

“Sehubungan itu Indeks Syariah sesuai dipraktikkan dengan memulakannya untuk meneliti ketirisan dana awam yang berlaku tanpa pencegahan. Ini termasuklah dengan tidak menutup sebarang bentuk salah laku,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Najib sebelum ini memaklumkan, Indeks Syariah yang dibangunkan kerajaan membuktikan komitmen negara ini dalam melaksanakan dasar berlandaskan prinsip Islam sebenar.

Sejajar tema sambutan Maulidur Rasul ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’, Perdana Menteri dipetik berkata, inisiatif itu juga bertujuan mengukur tahap keseriusan kerajaan mengimarahkan prinsip, nilai dan sistem Islam merentasi pelbagai sektor.

“Inisiatif itu diharap menjadikan tadbir urus kerajaan lebih menghampiri amalan dan sunnah Rasulullah SAW dalam usaha kita untuk mengisi tuntutan bagi menghidupkan syariat Islam itu sendiri,” kata Najib.

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Tak Manis Kecam Eric Lim Sian See Hanya Kerana Istilah Lighad’ – Ridhuan Tee

‘Tak Manis Kecam Eric Lim Sian See Hanya Kerana Istilah Lighad’ – Ridhuan Tee

11/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Penceramah agama, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah menyifatkan tindakan mengecam Eric Lim Sian See hanya kerana istilah...

Gerak Kerja ‘Ceplos’ Sangat Berbahaya, Sebar Dakyah Dan Propaganda

Gerak Kerja ‘Ceplos’ Sangat Berbahaya, Sebar Dakyah Dan Propaganda

11/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Kedah, Zulkifli Yahaya menyifatkan gerak kerja ‘Ceplos’ sangat berbahaya kerana didakwa telah banyak merosakkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd