• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Tak Manis Kecam Eric Lim Sian See Hanya Kerana Istilah Lighad’ – Ridhuan Tee

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
‘Tak Manis Kecam Eric Lim Sian See Hanya Kerana Istilah Lighad’ – Ridhuan Tee
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penceramah agama, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah menyifatkan tindakan mengecam Eric Lim Sian See hanya kerana istilah ‘lighad’ atau ‘liwat’ sebagai sesuatu yang tidak manis, apatah lagi individu berkenaan belum beragama Islam.

Menerusi hantaran di media sosial, Ridhuan Tee mengingatkan supaya berpada-pada dalam membuat kecaman dan mempertimbangkan keutamaan antara penggunaan sesuatu istilah dengan persoalan akidah.

“Tak manis kecam Lim Sian See hanya kerana istilah ‘lighad/liwat’. Lagi pun dia belum Islam. Melayu bawa ‘kavadi/cucuk lidah’ lagi dahsyat. Takkan duk diam? Istilah vs Aqidah, berat mana? Berpada-pada bro!” katanya.

Kenyataan itu memperlihatkan pendirian Ridhuan Tee yang mempertikaikan kecaman terhadap Eric Lim, sambil menggesa perhatian turut diberikan kepada isu yang dianggapnya lebih besar berkaitan akidah umat Islam.

Kontroversi itu tercetus selepas Eric Lim membuat komen mempersoalkan penggunaan istilah ‘lighad’ oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2027 pada Jumaat lalu.

Eric Lim kemudian menafikan dakwaan bahawa beliau menghina al-Quran dan mendakwa petikan ayat suci berkenaan telah ditambah oleh pihak lain pada tangkap layar komennya sehingga menimbulkan salah faham.

Isu itu mengundang kecaman beberapa pihak termasuk pemimpin DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh yang menyifatkan Eric Lim sebagai bangang dan bodoh. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mohd Ridhuan Tee Abdullah

 

Tags: Eric Lim Sian See Hanya KeranaIstilahkecamLighadRidhuan TeeTak Manis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Apa Mende Ini? Waad, Lighad, Pranata, Inayat, Ketimbang, Dasarwarsa, Kendatipun, Fallasuf’

‘Apa Mende Ini? Waad, Lighad, Pranata, Inayat, Ketimbang, Dasarwarsa, Kendatipun, Fallasuf’

11/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Penganalisis politik, Eric Lim Sian See sekali lagi mencuri perhatian apabila memuat naik hantaran terbaharu bertanyakan tentang...

‘Bila Meninggal, Baru Nak Ingat’ – Ridhuan Tee Kesal Lihat ‘Lakonan Dunia’ Golongan Berkuasa

‘Bila Meninggal, Baru Nak Ingat’ – Ridhuan Tee Kesal Lihat ‘Lakonan Dunia’ Golongan Berkuasa

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Penceramah agama dan penganalisis politik, Dr. Ridhuan Tee Abdullah meluahkan rasa kesal melihat apa yang disifatkannya sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd