WASHINGTON (Amerika Syarikat) – Pihak edutaan besar AS telah memohon maaf kepada panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) selepas beliau dilarang daripada menaiki penerbangan ke negara tersebut meskipun menerima jemputan daripada pengerusi Ketua Gabungan Staf.
“Kami amat menyesali kesulitan yang menyebabkan insiden ini dan kami memohon maaf,” kata Timbalan Duta Besar Amerika Syarikat di Indonesia, Erin Elizabeth McKee hari ini.
Jeneral Gatot Nurmantyo akhirnya memilih untuk tidak terbang ke Amerika Syarikat meskipun telah telah ditempahkan penerbangan baru setelah beliau dihalang daripada menaiki penerbangan yang sebelumnya, menurut jurucakap Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.
Jeneral AS Joseph F. Dunford Jr. telah menjemput Nurmantyo ke Washington untuk menghadiri persidangan pada hari Isnin dan Selasa untuk memerangi keganasan ekstremisme.
Nurmantyo dan isterinya dijadualkan untuk menaiki penerbangan Emirates dari Jakarta untuk ke Washington pada petang Sabtu, lapor CNN Indonesia.
Kedutaan AS di Jakarta memberitahu Nurmantyo mungkin “tertunda daripada menaiki penerbangannya” disebabkan protokol keselamatan, kata jurucakap itu lagi.
Unit Perlindungan Kastam dan Sempadan AS serta Jabatan Negara tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut sebelum penerbangan asal berlepas.
Menurutnya lagi, itu berkata masalah itu telah diselesaikan dengan cepat “melalui penyelarasan antara pejabat individu, CBP, Kedutaan AS di Jakarta dan badan-badan kerajaan AS yang lain. Nurmantyo telah ditempahkan tiket penerbangan yang baru dan dibenarkan untuk menaiki pesawat berkenaan, namun beliau enggan berbuat demikian.”
Joseph R. Donovan Jr., Duta Amerika Syarikat ke Indonesia, meminta maaf kepada Menteri Luar Negeri Indonesia Retno Marsudi “atas segala kesulitan” yang dialami Gatot, kata kedutaan itu dalam satu kenyataan rasmi.
“Kami tetap komited dengan sesi perkongsian strategik kami dengan Indonesia sebagai cara untuk memberikan keamanan dan kemakmuran kepada negara berkenaan dan negara kami,” kata kedutaan itu.
Jabatan Negara telah merujuk kepada CNN berkenaan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kedutaan AS itu dan tidak akan memberi komen lagi, dengan alasan kebimbangan jika privasi mereka akan terjejas.
Pentagon juga tidak menjawab permintaan untuk komen oleh CNN Indonesia berkenaan isu itu. – MYNEWSHUB.CC

