• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rangka Strategi Jual Ikan Segar Terus Kepada Pengguna

oleh Ahmad Albab
22/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang merangka strategi untuk mewujudkan ekosistem penjualan ikan segar secara terus kepada pengguna yang mendiami petempatan di kawasan bandar bagi memastikan harga yang rendah, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata perkara itu sedang dibincangkan dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan antara cadangan yang ditimbang ialah mewujudkan pasukan untuk menyelaraskan harga ikan segar murah terus daripada sumber kepada pengguna.

“Bagi yang di luar bandar, mereka boleh pergi ke jeti untuk beli ikan, tetapi masyarakat dalam bandar tidak boleh pergi ke jeti untuk beli ikan kerana mereka cuma boleh pergi pasar. Di pasar, ikan-ikan yang elok ini telah dimonopoli oleh orang tengah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan kempen penjualan ikan segar separuh harga anjuran LKIM bersempena program pemeriksaan kesihatan percuma anjuran UEM Group Berhad (UEM Group) di PPR Hiliran Ampang, di sini hari ini.

Katanya idea lain ialah mewujudkan tapak jualan ikan setiap hari minggu di kawasan petempatan seperti projek perumahan rakyat (PPR).

“Buka sekejap mungkin dua jam, jual secara langsung daripada sumbernya… dengan ini masyarakat dapat menikmati kualiti ikan yang segar ini datang ke tempat mereka pada harga yang tidak melibatkan margin keuntungan orang tengah,” katanya. – BERNAMA

Tags: IkanKerajaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd