• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanah Runtuh Di Tapak Insiden Pernah Disuarakan

oleh Ahmad Albab
24/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kemungkinan berlaku insiden tidak diingini di tapak kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah di sini dikemukakan sebanyak dua kali kepada kerajaan negeri Pulau Pinang sejak awal tahun ini, kata gabungan pertubuhan masyarakat Penang Forum.

Wakil mereka Dr. Lim Mah Hui berkata kali pertama perkara itu dibangkitkan oleh Penang Hill Watch (PHW) ialah pada Januari dan kali kedua pada Mei, memohon agar projek tersebut dihentikan kerana khuatir boleh berlaku runtuhan tanah.

“Gambar-gambar kawasan pembinaan dan pemotongan bukit di tapak ini dikemukakan kepada kerajaan negeri yang menjawab ‘kerja-kerja tanah di situ sedang dipantau’.

“Laporan kali kedua kami kemukakan berserta hasil siasatan susulan dan kali ini kami tidak menerima sebarang maklum balas daripada kerajaan negeri,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Kedua-dua laporan tersebut dikemukakan kepada Exco kerajaan negeri Chow Kon Yeow.

Penang Forum memulakan PHW, satu inisiatif komuniti untuk menyalurkan maklumat mengenai pemotongan bukit yang diperoleh daripada masyarakat kepada kerajaan negeri.

Dalam kejadian 8.57 pagi semalam itu, tujuh pekerja binaan terbunuh manakala empat lagi dikhuatiri masih tertimbus dalam runtuhan tanah di tapak projek perumahan mampu milik 50 tingkat di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini.

Usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan dan polis percaya mangsa tertimbus sehingga sedalam 10 meter.

Lim berkata dua tahun lepas, Penang Forum menggesa kerajaan negeri pimpinan DAP itu menyemak semula serta menghentikan projek pembangunan di lereng bukit namun tidak dipedulikan.

“Natijahnya yang begitu memeritkan dapat dilihat hari ini dengan kemungkinan 11 nyawa terkorban dalam runtuhan tanah di projek lereng bukit di Tanjung Bungah,” katanya.

Katanya dalam Garis Panduan bagi Pembangunan di Lereng Bukit, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) Pulau Pinang akan memperkuat unit geoteknikal mereka yang bertanggungjawab memproses dan meluluskan permohonan bagi pembangunan di kawasan bukit, diikuti penguatkuasaan yang ketat.

“Soalannya apa yang berlaku selepas itu? Adakah kerajaan negeri dan PBT melaksanakan garis panduan tersebut atau telah berlaku satu kecuaian melampau,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kerajaan Pulau Pinangtanah runtuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd