• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Malaysia: JDT Bertemu Kedah Dalam Final

oleh Ahmad Albab
22/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JUARA bertahan, Kedah, akan melakukan perhitungan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, 4 November ini, selepas masing-masing meraih kemenangan dalam separuh akhir kedua di gelanggang sendiri, malam ini.

Keputusan 1-1 yang dicatatkan dalam separuh akhir pertama di Jengka, Pahang jelas bukan tiket selesa buat Kedah untuk memastikan mereka melangkah ke final buat kali ketiga.

Anak buah Nidzam Adzha Yusoff terlebih dahulu melancarkan serangan dalam perlawanan timbal balik di Stadium Darulaman malam ini walaupun permainan lebih tertumpu di bahagian tengah padang.

Felda juga tidak ketinggalan menguji kubu tuan rumah dengan tandukan Thiago Augusto berjaya didakap kemas penjaga gawang Kedah, Ifwat Akmal Che Kassim, pada minit ke-39.

Kedah terus mendominasi permainan dengan menghasilkan beberapa percubaan.

Asakan mereka untuk memecah kebuntuan akhirnya membuahkan hasil selepas Sandro da Silva memastikan gol pendahuluan buat Kedah pada minit ke-71 untuk memimpin agregat 2-1.

Memastikan Kedah ke final, Sandro meledak gol kedua buat Kedah lima minit sebelum perlawanan berakhir.

Dalam satu lagi separuh akhir, kelebihan satu gol yang diperoleh JDT menerusi aksi separuh akhir pertama di Stadium Perak, Ahad lalu, meletakkan mereka pada landasan terbaik untuk mara ke final.

Ini memaksa skuad bimbingan Mehmet Durakovic menyusun gerakan untuk mencari gol awal, namun gerakan yang dilancarkan tidak membuahkan hasil.

Tuan rumah turut garang menguji gawang The Bos Gaurus, namun penjaga gol, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, berusaha keras untuk menahan asakan JDT sehingga tamat separuh masa pertama.

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama JDT gagal menjaringkan sebarang gol pada babak pertama sepanjang kempen Piala Malaysia musim ini.

Bersambung selepas rehat, JDT terus mengasak dan kealpaan pertahanan Perak memakan diri sebaik Gonzalo Cabrera bijak memanfaatkan peluang daripada lorongan Gabriel Guerra pada minit ke-58 untuk menyumbat gol sulung Harimau Selatan.

Belum sempat Perak mengatur kebangkitan, Guerra pula menghukum The Bos Gaurus dengan gol kedua pada minit ke-76 sebelum Cabrera melengkapkan kemaraan JDT ke final dengan agregat 4-1. – Astro Awani

Tags: JDTKedah FAPiala Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengucapkan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd