• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yakin Kontinjen Negara Atasi Pencapaian 2014

oleh AK-47
19/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yakin kontinjen Malaysia yang menyertai temasya Sukan Komanwel 2018 (CG2018) berupaya mengatasi pencapaian yang diraih pada edisi 2014 di Glasgow, Scotland.

Berbaki 166 hari lagi menjelang penganjuran sukan tersebut, Khairy berkata atlet negara pasti berada pada tahap terbaik sebelum beraksi dalam temasya sukan yang diadakan setiap empat tahun sekali itu.

Pada edisi 2014, kontinjen negara meraih enam emas, tujuh perak dan enam gangsa, menduduki tempat ke-12 daripada 37 negara.

“Saya yakin kita dapat atasi pungutan pingat yang diraih pada Sukan Komanwel Glasgow 2014,” katanya dalam ucapan selepas menerima kunjungan delegasi Larian Baton Sukan Komanwel (QBR) diketuai pegawai perhubungannya, Kerry Thompson di bangunan kementerian, di sini hari ini.

Khairy juga berkata kementerian amat berbangga kerana Malaysia telah dipilih menjadi negara ke-54 daripada 70 negara Komanwel yang akan menganjurkan larian itu.

“Saya berbangga kerana Malaysia berjaya menempatkan nama bagi temasya yang kaya dengan sejarah ini, dengan menjadi jawatankuasa penganjur tempatan pertama temasya itu pada 1998 untuk membawa QBR melepasi United Kingdom dan negara tuan rumah, merentasi hampir 20 negara,” kata Khairy.

QBR adalah tradisi temasya sukan ini yang meraikan kepelbagaian Komanwel, membangkitkan kemegahan masyarakat dan merangsang rakyat mengenai penganjuran temasya sukan dan kebudayaan bertaraf dunia itu.

Larian baton yang membawa mesej Ratu Elizabeth II itu, meminta semua atlet Komanwel untuk bersama-sama bersatu dan bertanding dalam semangat persahabatan.

Bermula 13 Mac 2017 di Istana Buckingham, baton itu memulakan perjalanan selama 388 hari di semua negara dan wilayah Komanwel.

Delegasi QBR itu tiba di Malaysia pada 16 Okt dan melawat beberapa destinasi termasuk Stadium Bukit Jalil dan Hutan Simpan Raja Musa di Kuala Selangor.

Selepas Malaysia, baton yang dilengkapi sistem pengesan kedudukan global (GPS) yang membolehkan pengesanan baton 24 jam sehari, akan berlepas ke destinasi seterusnya iaitu Brunei.

Baton tersebut akan menjelajah sejauh 230,000km selama 388 hari melalui 70 negara Komanwel sebelum tiba di Australia, menyaksikan mesej Ratu Elizabeth II tersebut akan dibaca pada majlis pembukaan rasmi CG2018 pada 4 April 2018. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd