• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Sabu Bebas Tuduhan Fitnah Isu Bukit Kepong

oleh Ahmad Albab
19/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu daripada dua pertuduhan fitnah berhubung kenyataannya mengenai insiden Bukit Kepong pada 1950.

Tiga panel hakim dianggotai Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Rhodzariah Bujang menolak rayuan pihak pendakwaan dan mengekalkan pembebasannya daripada pertuduhan itu.

Pihak pendakwaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, di akhir kes pendakwaan tanpa dipanggil membela diri.

Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Tengku Maimun yang mengetuai panel itu berkata mahkamah mendapati tiada sebab untuk menyimpang daripada alasan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi bahawa pertuduhan yang dikenakan terhadap Mohamad adalah cacat.

“Mahkamah Tinggi dan hakim perbicaraan tidak tersalah arah untuk menyimpulkan bahawa pihak pendakwaan tidak cukup membuktikan kes prima facie,” katanya.

Mat Sabu didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Febriari 1950.

Tertuduh juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu memfitnah tiga anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Yusoff Rono serta anggota keluarga mereka pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Mat Sabu, 61, didakwa melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah PAS Padang Menora, Tasek Gelugor dekat sini pada 21 Ogos 2011.

Timbalan Pendakwa Raya Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor berhujah pertuduhan itu tidak cacat kerana kesalahan dinyatakan dalam pertuduhan.

Sebaliknya peguam yang mewakili Mat Sabu, Mohamed Hanipa Maidin berhujah, dengan menyatakan inti pati kesalahan anak guamnya, tidak dinyatakan dalam pertuduhan.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Mat Sabu berkata beliau amat lega dengan keputusan itu selepas mahkamah menolak rayuan pihak pendakwaan. – BERNAMA

Tags: Mat Sabu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Nak Jujur, Harga Bekalan Boleh Berubah Bila-Bila Masa’

‘Saya Nak Jujur, Harga Bekalan Boleh Berubah Bila-Bila Masa’

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu tampil dengan nada terbuka dan berterus...

‘Terima kasih Atas Sindiran’ – Mohamad Sabu

‘Terima kasih Atas Sindiran’ – Mohamad Sabu

15/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu mengucapkan terima kasih terhadap sindiran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd