• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penguat Kuasa Gagalkan Cubaan Seludup 50 Tong Gas

oleh Ahmad Albab
19/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Tiga lelaki ditahan berasingan selepas cuba menyeludup tong gas memasak ke Indonesia semalam dalam operasi bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau dan pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Laut Tanjung Batu.

Pegawai Pemerintah PPM Wilayah 4 Tawau, DSP Mohd Nazri Ibrahim berkata operasi bersama itu dilaksanakan selama tiga hari dan berakhir semalam.

Mereka yang ditahan berusia dalam lingkungan 20 hingga 50 tahun dan ditahan antara pukul 9 pagi dan 7 malam.

“Tangkapan suspek pertama turut membawa rampasan enam tong gas manakala tangkapan kedua dan ketiga masing-masing melibatkan rampasan 17 dan 27 tong gas memasak.

“Nilai keseluruhan 50 tong gas yang dirampas bersama tiga bot itu adalah RM103,570,” katanya dalam kenyataan di sin, hari ini.

Nazri berkata kesemua suspek akan didakwa mengikut Seksyen 21 Akta Bekalan Kawalan 1961 dan di baca bersama Perkara 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 selepas memiliki dan cuba menyeludup barang kawalan ke negara jiran.

Dalam pada itu, katanya PPM Tawau akan mempergiat usaha memastikan penyeludupan barang kawalan dapat dibanteras dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penyeludupan boleh disalurkan ke pejabat PPM Tawau. – BERNAMA

Tags: seludup tong gas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Juragan Indonesia Cuba Seludup 30 Tong Gas Ditahan

13/02/2018
0

TAWAU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menggagalkan cubaan seorang juragan warganegara Indonesia menyeludup keluar 30 tong gas memasak...

Juragan Mengaku Tak Bersalah Seludup 50 Tong Gas

21/09/2017
0

TAWAU - Seorang juragan warga Indonesia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Tawau hari ini atas tuduhan membawa keluar 50...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd