• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juragan Mengaku Tak Bersalah Seludup 50 Tong Gas

oleh AK-47
21/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Seorang juragan warga Indonesia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Tawau hari ini atas tuduhan membawa keluar 50 tong gas memasak ke Sungai Nyamuk, Indonesia, pada awal September lepas.

Firdaus Amir, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohammad Faisal Che Saad.

Mengikut pertuduhan, pada 8 Sept lepas jam 5.30 petang, bot jongkong dipandu Firdaus yang menghala ke Sungai Nyamuk, Indonesia, ditahan bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Tawau di Sungai Melayu, Pulau Sebatik dan didapati membawa 50 tong gas petroleum cecair (LPG) berisi 14 kg setiap satu dianggarkan bernilai RM5,330.

Ia merupakan barangan kawalan berjadual di bawah peraturan-peraturan barang kawalan 1974 yang dibawa tanpa sebarang kebenaran yang sah daripada pihak berwajib dan jika disabit kesalahan boleh didakwa mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Majistret Mohammad Faisal menetapkan 2 Okt ini untuk sebutan semula kes dan tidak membenarkan sebarang ikat jamin berikutan tertuduh bukan warganegara Malaysia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maritim Malaysia Nurul Nazifah Muhammad Iyen Latif. – BERNAMA

Tags: seludup tong gas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Juragan Indonesia Cuba Seludup 30 Tong Gas Ditahan

13/02/2018
0

TAWAU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menggagalkan cubaan seorang juragan warganegara Indonesia menyeludup keluar 30 tong gas memasak...

Penguat Kuasa Gagalkan Cubaan Seludup 50 Tong Gas

19/10/2017
0

TAWAU - Tiga lelaki ditahan berasingan selepas cuba menyeludup tong gas memasak ke Indonesia semalam dalam operasi bersama Pasukan Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd