• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juragan Indonesia Cuba Seludup 30 Tong Gas Ditahan

oleh Ahmad Albab
13/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menggagalkan cubaan seorang juragan warganegara Indonesia menyeludup keluar 30 tong gas memasak di perairan Tawau, semalam.

Timbalan Pengarah Operasi APMM Daerah Maritim 18 Tawau Komander Maritim Mohd Yusri Hussin berkata anggota APMM yang membuat rondaan Op Pluto Timur telah menahan sebuah bot penumpang yang mencurigakan di kawasan perairan itu kira-kira 8.30 malam.

Katanya hasil pemeriksaan lanjut ke atas bot itu mendapati ada 30 tong gas memasak cuba diseludup keluar dari daerah ini ke kawasan perairan Indonesia.

Seorang juragan warganegara Indonesia berumur 31 tahun yang berada dalam bot tersebut turut ditahan, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya nilai keseluruhan tong gas, bot dan enjin bot yang dirampas ialah RM27,000.

Mohd Yusri berkata pihaknya akan terus meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan di kawasan tanggungjawab bagi memastikan jenayah perairan Malaysia khususnya di daerah ini, dapat dibanteras. – BERNAMA

Tags: Juraganseludup tong gas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Juragan Asing Bawa Bot Tamat Tempoh Di Kudat Dicekup

04/12/2018
0

KUDAT - Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat hari ini menahan seorang lelaki warga asing bersama sebuah bot nelayan dengan lesen...

Penguat Kuasa Gagalkan Cubaan Seludup 50 Tong Gas

19/10/2017
0

TAWAU - Tiga lelaki ditahan berasingan selepas cuba menyeludup tong gas memasak ke Indonesia semalam dalam operasi bersama Pasukan Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd