• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berita Palsu Tarikh Mula Sesi Persekolahan Tersebar

oleh AK-47
03/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pasti ramai yang sudah sedia maklum sesi persekolahan untuk 2015 ditangguh seminggu akibat banjir yang melanda negara.

Pengumuman yang telah dibuat oleh Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi tarikh baharu sesi permulaan persekolahan tahun depan untuk negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari (Ahad), manakala bagi negeri-negeri lain pada 12 Januari (Isnin).

Penangguhan sesi persekolahan ini sememangnya bagus kerana banyak sekolah telah dijadikan Pusat Pemindahan Banjir malah ada juga sekolah telah dinaiki air dan memerlukan masa untuk dikemas semula bagi tujuan pembelajaran.

Selain itu, para guru dan ibu bapa yang terjejas akibat banjir juga pastinya memerlukan masa untuk membuat persiapan.

Namun begitu pada hari ini, muncul pula penyebaran berita palsu di laman sosial berkenaan tarikh baharu sesi persekolahan.

Eh tak cukup-cukup lagi ke hendak menyebarkan maklumat palsu?

Melalui laporan Berita Harian bertarikh 29 Disember 2014, artikel tersebut menerangkan tarikh baharu sesi persekolahan 2015 dan cuti penangguhan persekolahan ini tidak perlu diganti.

tansri (1)

Tetapi, terdapat pihak tidak bertanggung jawab telah mengubah tajuk dan isi kandungan artikel tersebut kepada ‘Cuti tambahan seminggu dibatalkan dan sekolah dibuka pada 5 Januari 2015’.

Informasi palsu ini bukan saja bercanggah dengan apa yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin, malah boleh membuat rakyat berasa marah terhadap kerajaan sedangkan ini adalah maklumat yang terang-terangan satu fitnah.

Penyebaran berita palsu seperti ini akan menyebabkan orang ramai keliru dengan maklumat sebenar lebih-lebih lagi ibu bapa kepada pelajar di kawasan yang terjejas banjir.

Baca – Banjir Dan Berita Palsu, Apa Dah Jadi Dengan Rakyat Malaysia?

Buat pembaca semua, anda dinasihati supaya teliti dahulu maklumat yang diterima dan pastikan ia daripada sumber yang benar sebelum disebarkan.

Nampaknya, di awal 2015 ini terdapat golongan yang memulakan ‘azam’ tahun barunya dengan menyebarkan fitnah.. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Facebook Berita Harian

Oleh: hzqahmd

Tags: berita palsuSekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd