• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlis Bina Lima Masjid, Telaga Di Cox’s Bazar

oleh AK-47
17/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) membina lima masjid dan puluhan telaga di kawasan kem pelarian Rohingya Cox’s Bazar di Bangladesh.

Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang membuat lawatan ke kem itu berkenan merasmikan pembukaan masjid tersebut malam tadi.

Catatan terkini laman sosial Facebook Asri menyatakan beliau amat kagum dengan sambutan yang diberikan oleh pelarian yang hadir beramai-ramai untuk solat berjemaah di masjid itu.

Beliau yang menyertai rombongan itu memberi tazkirah kepada mereka yang hadir dalam bahasa Inggeris dan diterjemah ke dalam bahasa yang difahami masyarakat Rohingya.

“Apabila saya membaca ayat-ayat suci al-Quran dan meminta mereka respons dengan ayat-ayat yang dibaca, mereka menyambung bacaan dengan baik.

“Ini bermakna walaupun hidup dalam penuh penderitaan dan kesengsaraan, mereka tidak pernah tinggal membaca al-Quran,” kata Asri dalam catatannya itu.

Turut sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Nor serta pemimpin beberapa badan sukarela lain yang mengiringi Raja Muda yang juga Yang Dipertua MAIPs dalam lawatan dua hari itu ke kawasan tersebut.

Sumbangan segera buat pelarian di situ ialah bekalan makanan, di samping merancang untuk membantu hospital di Cox’s Bazar yang terlalu daif dan serba kekurangan.

“Keadaan di hospital amat menyedihkan dan menyayat hati. Ruang dan kemampuan hospital sangat terhad sedangkan ia terpaksa menampung jumlah pesakit yang berlipat ganda,” katanya. – BERNAMA

Tags: dr.mazaMaipsPelarian RohingyaRaja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selebriti Dakwa Baca ‘Alam Tara Kaifa Fa’ala Rabbuka’ Buka Rezeki Ada Masalah Mental Yang Serius – Mufti Perlis

Selebriti Dakwa Baca ‘Alam Tara Kaifa Fa’ala Rabbuka’ Buka Rezeki Ada Masalah Mental Yang Serius – Mufti Perlis

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Fenomena masyarakat yang mengagungkan selebriti di media sosial sehingga menjadikan mereka sebagai idola ditegur oleh...

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd