• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dulu Pertahan Pelarian Rohingya, Sekarang Salah Najib Dan PAS

oleh Mynewshub
17/09/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Dulu Pertahan Pelarian Rohingya, Sekarang Salah Najib Dan PAS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua pemimpin PAS membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataannya mengenai isu pelarian Rohingya dengan mendakwa Anwar pernah mempertahankan kumpulan itu atas dasar kemanusiaan ketika berada di blok pembangkang.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mendakwa Anwar seolah-olah terlupa pendiriannya sendiri sebelum menjadi Perdana Menteri apabila kini mengaitkan peningkatan jumlah pelarian Rohingya dengan pentadbiran terdahulu serta PAS.

“PMX lupa semasa jadi pembangkang dia pertahankan Rohingya atas dasar kemanusiaan. Sekarang dia salahkan Najib dan PAS sebab Rohingya ramai. PMX lupa,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari pula membangkitkan kenyataan Anwar sekitar April 2020 ketika isu Rohingya menjadi perdebatan hangat susulan kebimbangan mengenai kemasukan pelarian ke negara ini.

Menurut Ahmad Fadhli, Anwar ketika itu menggesa kerajaan supaya terus mempertahankan nilai kemanusiaan dalam menangani isu Rohingya dan tidak mengabaikan nasib pelarian terbabit.

Ahmad Fadhli mendakwa pendirian tersebut bercanggah dengan kritikan Anwar sekarang terhadap pendekatan kerajaan terdahulu dalam menangani isu berkenaan.

“Ertinya, sewaktu kamu pembangkang kamu sibuk menggesa kerajaan bela Rohingya atas dasar kemanusiaan, bahkan kamu kecam kerajaan kerana masih belum cukup berperikemanusiaan.

“Eh tiba-tiba bila jadi kerajaan kamu pula kecam kerajaan dahulu kerana terlebih-lebih mengalu-alukan Rohingya,” katanya.

Beliau turut meminta kerajaan pimpinan Anwar memberi tumpuan kepada penyelesaian terhadap isu pelarian Rohingya pada masa ini dan bukannya menyalahkan pentadbiran terdahulu.

“Sebagai pemimpin kerajaan, berhenti merengek menyalahkan orang lain. Hadap masalah hari ini dengan penyelesaian kamu sebagai kerajaan.

“Jika tidak mampu, undur dan serahkan kepada orang lain untuk menjadi kerajaan,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Shahidan Kassim/Fadhli Shaari

Tags: DuluPelarian RohingyaPertahanSalah Najib Dan PASsekarang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN Wajar Pertahan 21 Kerusi DUN Melaka Berdasarkan Mandat Rakyat – Azrul

BN Wajar Pertahan 21 Kerusi DUN Melaka Berdasarkan Mandat Rakyat – Azrul

07/08/2026
0

SHAH ALAM – Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan menyifatkan keputusan Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan...

Netizen Kecam Politik Fitnah, Pertahan Jalaluddin Beri Lencana

Netizen Kecam Politik Fitnah, Pertahan Jalaluddin Beri Lencana

20/07/2026
0

JELEBU – Ramai netizen melahirkan rasa kesal terhadap cubaan terbaharu untuk memfitnah calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Jalaluddin Alias....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd