• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penggemar ‘Squishy’ Kurang Kasih Sayang?

oleh AK-47
17/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

FENOMENA permainan anti-stres fidget spinner beberapa bulan lalu bakal digantikan dengan permainan baru iaitu ‘squishy’ yang semakin diminati oleh bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa!

Seperti yang dicadangkan oleh namanya, squishy diambil daripada kata adjektif dalam Bahasa Inggeris yang bermaksud ‘lembut’ dan ‘boleh dibenyekkan’.

Permainan ini dikatakan mampu memberikan penggemarnya kelegaan tatkala berasa tertekan dengan sesuatu. Caranya mudah: cuma picit dan lihat bagaimana squishy itu perlahan-lahan kembali ke bentuk asal.

Oleh kerana permintaan terhadap permainan ini semakin meningkat, peniaga cuba untuk mewujudkan persaingan dalam usaha menarik pelanggan dengan memperkenalkan squishy dalam pelbagai bentuk, warna dan bauan menyelerakan seperti strawberi, pic dan krim putar, seperti yang ditunjukkan dalam video di bawah ini:

Kumatan Bear Egg Squishy video 💕 . . . . . . . #slowrisingsquishy #slowrising #squishy #squishyvideo #squishing #squishingvideo #squishyvid #kumatan #bunnyscafe #kawaii #squishies

A post shared by CutieCreative Squishy DIY Shop (@cutiecreative) on Sep 28, 2017 at 10:15pm PDT

Namun, menurut satu kajian yang telah diterbitkan di dalam jurnal perubatan berbentuk pencegahan American Journal of Preventive Medicine yang mengkaji orang dewasa berumur 19-32 tahun, penyelidik mendapati sebenarnya kebergantungan kepada permainan yang lembut dan ‘sedap’ dipicit sebenarnya memberi petanda bahawa penggemarnya dahagakan kasih sayang!

Kajian itu mendapati keperluan untuk memegang dan memicit objek lembik berkait rapat dengan dapatan kajian ‘ibu kain, ibu dawai’ oleh pakar psikologi bernama Harry Harlow yang memerhatikan perbezaan antara kelakuan anak monyet yang diberikan patung kain berbentu monyet sebagai pengganti ibunya dengan anak monyet yang diberikan ‘ibu’ yang diperbuat daripada dawai.

Kajian Harlow itu mendapati bahawa anak monyet yang diberikan ‘ibu kain’ lebih ceria dan aktif, manakala yang menerima ‘ibu dawai’ pula menghadapi trauma dan anti-sosial.

Dapatan kajian Harlow itu sekaligus memecahkan ‘tradisi’ ibu bapa Amerika Syarikat pada tahun 1950-an dan 1960-an yang menganggap mereka harus menjauhkan diri daripada anak-anak mereka untuk mendidik manusia yang berdikari di zaman dewasanya.

Hasil kajian itu, Harlow membuktikan bahawa belaian dan sentuhan penuh kasih sayang kepada kanak-kanak menjadikan mereka lebih bijak mengawal emosi dan merangsang perkembangan otak.

Malah, kajian itu turut dibuktikan memalui pemerhatian terhadap kanak-kanak yatim piatu yang kematian ibu bapa mereka semasa kejatuhan Soviet Union pada tahun 1990-an dahulu, yang turut menunjukkan karakteristik yang agak kasar dan tidak mahu bergaul dengan orang luar akibat kurang sentuhan fizikal.

Oleh itu, kajian jurnal itu memutuskan bahawa squishy ini sememangnya memberikan ketenangan kepada mereka yang sebenarnya sedang dahagakan belaian kasih sayang.

Dalam pada itu, menurut seorang penyelidik daripada Universiti Amsterdam Sander Koole,”Sentuhan merupakan mekanisme yang amat luar biasa, sehinggakan manusia menggunakan objek tidak bernyawa untuk memenuhi ruang kosong di dalam diri mereka.

“Objek-objek ini memberikan validasi kepada mereka bahawa ‘kewujudan’ mereka memberi makna signifikan dan kehidupan mereka sebenarnya bermakna,” kata Koole kepada Association for Psychological Science.

Jadi kepada sesiapa yang tidur mesti perlu memeluk bantal busuk atau teddy bear tu, mungkinkah anda juga kurang disentuh? Ooops! – MYNEWSHUB.CC

Tags: permainanpsikologiviral
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kisah Hidup Ringkas Noor Inayat Khan AKA Nora Baker

22/06/2022
0

Kisah seorang perisik Muslim semasa perang dunia kedua yang mengorbankan nyawa demi negaranya. Kisah Noor Inayat Khan sebenarnya tidak diketahui...

Wanita Bertudung Diminta Masak ‘Babi Panggang’

02/11/2021
0

JAKARTA: Sebuah video tular dalam Instagram selepas warga maya meminta seorang pempengaruh bertudung memasak babi panggang. Lapor Suara.com, komen itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd