• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tempat Rekreasi Di Kedah Pasang Papan Tanda Amaran

oleh Ahmad Albab
15/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Semua kawasan rekreasi air terjun yang dianggap berisiko di negeri ini akan dipasang papan tanda amaran bagi mengelak tragedi seperti ‘kepala air’ di air terjun Kampung Buku, Lubuk Semilang, Langkawi, baru-baru ini yang mengorbankan empat kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun selepas dibawa arus deras.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, sehubungan itu, arahan berhubung perkara itu telah dikeluarkan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuklah di kawasan pantai dan hutan rekreasi.

“Kami dah minta supaya papan tanda amaran di kawasan air terjun khasnya yang dirasakan berisiko dipasang segera sebagai langkah keselamatan kepada pengunjung sebab kita tak tahu bila tragedi kepala air akan berlaku.

“Saya sekali lagi mengucapkan takziah kepada keluarga terlibat dan berharap mereka tabah menghadapi ujian ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program My Beutiful Neighbourhood Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Taman Seri Gemilang, di sini, hari ini.

Turut hadir, Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mohd Zohdi Saad.

Selain itu, Ahmad Bashah juga meminta jurupandu serta ejen-ejen pelancongan memberi taklimat langkah keselamatan yang perlu diambil sekiranya berkunjung ke kawasan yang dilawati.

“Mulai hari ini, saya juga minta ejen-ejen pelancongan terlibat sama membantu kerajaan dengan memberi taklimat awal menjelaskan suasana persekitaran di kawasan yang ingin dilawati demi keselamatan pelancong mereka,” katanya.

Dalam pada itu, kerajaan negeri dalam proses mengkaji semula sistem perparitan dan saliran yang wujud lebih 20 tahun lalu bagi mengatasi masalah banjir kilat yang semakin kerap melanda negeri ini.
Katanya, terdapat kawasan yang dulunya tidak pernah dilanda banjir, tetapi sejak kebelakangan ini kawasan itu dinaiki air ekoran kewujudan banyak taman-taman perumahan dan kawasan industri sehingga mengganggu aliran air.

“Parit dulu sempit dan ada yang dah pecah dan air tidak boleh melintas ke sawah dan sungai, jadi kami dalam proses mengkaji semula parit-parit dan longkang lama ini untuk dibina baharu selain membina lebih banyak kolam-kolam takungan,” katanya.

Kira-kira 2,000 penduduk termasuk agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta membantu membersihkan longkang-longkang, memotong rumput, mengecat semula surau, membersihkan kawasan semak dan membersihkan kawasan longgokan sampah. – BERNAMA

Tags: Aktiviti Rekreasiamaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Beri Amaran Keras, Tak Puas Hati Alasan Norjuma, Naikkan Wang Jaminan

Mahkamah Beri Amaran Keras, Tak Puas Hati Alasan Norjuma, Naikkan Wang Jaminan

26/07/2024
1

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, memberi amaran kepada bekas personaliti televisyen, Norjuma Habib Mohamed, kerana gagal menghadirkan...

Konflik Iran-Israel: TH Teruskan Persiapan Bagi Musim Haji 2024 Seperti Dirancang – Mohd Na’im

IRGC Beri Amaran Tindak Balas Lebih Besar

14/04/2024
0

TEHERAN - Ketua Komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) memberi amaran bahawa Iran akan bertindak balas lebih tegas jika Israel...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd