• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Bidas Kerajaan Selangor Catat Rekod Denggi Tertinggi

oleh Ahmad Albab
15/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menawarkan kepada kerajaan negeri Selangor bantuan pengurusan pelupusan sampah dan sistem perparitan bagi mengurangkan kes denggi di negeri itu yang mencatatkan jumlah kes tertinggi berbanding negeri lain.

Perdana Menteri berkata Selangor mencatatkan kira-kira 40,000 kes denggi setahun atau kira-kira seratus sehari, dan ia bukan satu rekod yang patut dibanggakan.

Najib berkata beliau tidak terkejut kerana ia boleh berlaku sekiranya tiada usaha pembersihan dilakukan kerajaan negeri yang bertanggungjawab ke atas kawasan berkenaan.

“Kita boleh bantu kerajaan negeri kalau dia gagal buat kerja ini, kita boleh bantu dengan apa? Tukar kerajaan? Itu tunggu pilihan raya umum ke-14… hari ini kita bantulah dengan bersihkan kawasan kita di sini dan kawasan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan program Strategi Lautan Biru Kebangsaan My Beautiful Neighborhood (NBOS MyBN) peringkat kebangsaan yang diadakan secara serentak di 98 kawasan seluruh negara, di sini.

Turut hadir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dan anggota Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim.

Mengulas mengenai program MyBN yang berasaskan gotong-royong, Perdana Menteri berharap ia dapat menanam semangat kerjasama dan toleransi antara masyarakat serta nilai kebersamaan dan cinta kepada kebersihan.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan penghargaan kepada Noh yang mengambil inisiatif menawarkan rumah Projek Perumahan Rakyat kepada mangsa rumah yang diroboh kerajaan negeri baru-baru ini.

“Kita tak robohkan rumah imam ke bilal dan sebagainya, kita hanya robohkan rumah nyamuk Aedes… Saya ucapkan terima kasih kepada Tan Sri Noh kerana telah memberi rumah PPR kepada penghuni rumah-rumah yang telah diroboh kerajaan negeri,” katanya. – BERNAMA

Tags: denggiKerajaan Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Selangor Perlu Beri Penjelasan Cadangan Longgarkan Syarat Rumah Anutan Bukan Islam

Kerajaan Selangor Perlu Beri Penjelasan Cadangan Longgarkan Syarat Rumah Anutan Bukan Islam

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor diminta memberi penjelasan terbuka sama ada benar terdapat keputusan untuk melonggarkan syarat pembinaan atau pemutihan...

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

26/12/2025
0

PELABUHAN KLANG: Kerajaan Selangor akan mengadakan mesyuarat pada Isnin ini bagi membincangkan tindakan selanjutnya berhubung pembaikan sistem pendawaian elektrik membabitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd