• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gabung Persatuan Mudahkan Pemberian Dana Kerajaan

oleh AK-47
14/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta pertubuhan dan persatuan yang mempunyai persamaan aktiviti supaya bergabung di bawah satu pertubuhan bagi memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan kewangan.

Beliau berkata penggabungan itu juga dapat memastikan anggota pertubuhan mendapat manfaat selain pertubuhan sentiasa bergerak aktif menerusi pelbagai aktiviti sama ada yang berkaitan dengan penubuhan persatuan atau aktiviti kemasyarakatan.

“Sebagai contoh, penggabungan persatuan permotoran seluruh negara yang kini dikenali sebagai Gabungan Persatuan Permotoran Malaysia di mana kira-kira 2 juta ‘bikers’ dari seluruh negara menyertai ekspedisi permotoran sama ada motosikal besar (berkuasa tinggi), sederhana, mahu pun ‘kapcai’.

“Saya ingin ucap tahniah kepada pemimpin-pemimpin persatuan permotoran seluruh negara yang sanggup gabungkan persatuan itu bawah satu naungan dan pada masa sama, mereka boleh menjalankan aktiviti masing-masing,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Pertubuhan Kebangsaan di Pantai Batu Burok di sini, hari ini.

Turut hadir enteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Anggota Palimen Hulu Terengganu Datuk Jailani Johari dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Datuk Mohammad Razin Abdullah.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut menarik perhatian mengenai inisiatif kerajaan Terengganu yang mewujudkan litar permotoran di Gong Badak sebagai alternatif untuk mengurangkan masalah lumba haram di jalan raya.

“Sejak ada gelanggang motosikal di Gong Badak, tiada lagi aktiviti permotoran haram di jalan-jalan di Terengganu. Ini satu yang baik dan kerajaan negeri juga memperuntuk RM100,000 kepada bengkel-bengkel yang memberi perkhidmatan percuma kepada pemilik motosikal kecuali bagi pembelian alat ganti.

“Tahniah diucapkan kepada MB (Ahmad Razif) yang dilihat mengambil peduli terhadap anak-anak buah di bawah…MB ambil inisiatif ini, jadi kita ucap tahniah,” katanya.

Ahmad Zahid juga menggesa semua pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya tidak melanggar mana-mana peraturan Akta Pertubuhan 1966 bagi mengelak persatuan mereka dibatalkan pendaftarannya.

Sejak 2013, sebanyak 44 peratus atau 28,190 persatuan daripada 63,846 persatuan telah dibatalkan kerana melakukan pelbagai kesalahan yang melanggar undang-undang berkenaan.

“Ia termasuk kegagalan mengemukakan penyata tahunan dan kewangan tahunan, mengadakan mesyuarat agung tahunan dan perebutan jawatan dalam kalangan anggota persatuan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata ROS telah melakukan penambaikan bagi memudahkan pertubuhan menghantar dokumen menerusi proses pendigitalan (secara dalam talian).

“Apabila pendigitalan 100 peratus ertinya kerajaan mengharapkan situasi ini belaku kepada semua pihak. Kita harap pemimpin-pemimpin persatuan pertubuhan dan organisasi patuh arahan ini. Ia bukan kehendak ROS tetapi ini peraturan yang kita terima dan guna pakai,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd