• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kena Dakwa Jawab ‘Soalan Bocor’, Ini Respon Shazana…

oleh
10/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARU sahaja reda mengenai isu penarikan diri salah seorang peserta Clever Girl Malaysia, Noor Syakirah Mohd. Azam (Kiera), sekali lagi program ini menjadi bualan orang ramai.

Terkini, timbul satu lagi kontroversi yang melibatkan program ini di mana salah seorang finalist dari negeri Selangor, Shazana Kamaruzaman didakwa menjawab ‘soalan bocor’ dalam episod lepas.

Ia malah tular apabila rakaman video yang memaparkan Shazana telah meneka secara tepat tanpa mendengar sepenuhnya pilihan jawapan dibaca oleh tetamu jemputan Datin Sharifah Shawati.

Baca: Video: ‘Bocor’ Lagi Di Clever Girl Malaysia

Susulan itu, secara tidak langsung netizen mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan rancangan terbabit.

Rata-rata antara mereka mendakwa rancangan berkenaan seolah-olah telah memberikan jawapan bocor kepada salah seorang peserta dalam pusingan separuh akhir.

Selain itu, mereka juga beranggapan bahawa Shazana sudah mengetahui jawapan untuk soalan itu terlebih dahulu.

Lapor sebuah portal online, Shazana menjelaskan bahawa jawapan yang diberikan ketika itu adalah berdasarkan pengetahuan yang diperoleh melalui pembacaan sebelum ini.

“Memang pada mulanya saya mahu menjawab A tetapi ketika menekan buzzer, jawapan untuk B sudah dibaca. Jadi saya teringat kembali melalui pembacaan saya sebelum ini jawapan untuk soalan itu adalah B,” jelas Shazana.

Dalam pada itu, gadis ini dilaporkan turut menyelar semua dakwaan daripada mana-mana netizen yang mengatakan dia sudah terlebih dahulu tahu mengenai jawapan untuk soalan itu.

“Apa yang tular mungkin mereka tidak dengar jawapan B sudah dibaca. Jujurnya memang bidang sastera bukan kepakaran saya.

“Sebab itu bila Alif Satar minta saya baca kembali jawapan saya tidak boleh ulang sebab tidak dapat ingat dengan betul tajuk sebenar karya Datuk Usman Awang itu,” katanya.

Video: 'Bocor' Lagi Di Clever Girl Malaysia

Sementara itu, Shazana dikatakan turut menerima kecaman teruk daripada netizen yang tidak berpuas hati di laman sosial miliknya.

“Saya mendapat banyak komen yang tidak berpuas hati, tetapi ini tidak mematahkan semangat saya. Pengajaran yang saya dapat adalah untuk sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan,” ujar gadis ini.

Apa-apa pun, jangan lupa saksikan pusingan akhir program Clever Girl musim kedua hari Jumaat ini, bermula daripada pukul 9 malam hingga 10 malam, hanya di TV3!

Agaknya gadis dari negeri manakah yang bakal bergelar juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000? Nantikan! – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: clever girlclever girl 2017tv3
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Legenda Wartawan TV3, Datuk Karam Singh Walia Meninggal Dunia

Legenda Wartawan TV3, Datuk Karam Singh Walia Meninggal Dunia

06/04/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Dunia kewartawanan negara kehilangan seorang tokoh berpengaruh apabila wartawan penyiaran tersohor, Datuk Karam Singh Walia...

AJL 37 Rekod 5.4 Juta Penonton

AJL 37 Rekod 5.4 Juta Penonton

15/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37 yang mengangkat single Terus Hidup ciptaan dan dendangan Aina Abdul sebagai Juara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd