• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Benjy Diberi Seminggu Bela Diri Kes Dadah Di Medan

oleh
05/10/2017
dalam Artis, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEDAN – Pelakon Benjy diberi masa seminggu untuk bela diri sebelum berdepan kemungkinan dihukum penjara 14 tahun atas dakwaan seludup dadah jenis syabu seberat 4.5 gram ke Indonesia.

Memetik laporan portal tempatan Tribun Medan, pihak pendakwaan di Mahkamah Daerah Medan pada Rabu memohon hukuman berkenaan dijatuhkan ke atas suspek atau nama penuhnya Khaireyll Benjamin Ibrahim.

Bagaimanapun Ketua Majlis Hakim, Wahyu Prasetyo Wibowo terlebih dahulu bertanyakan persediaan aktor berusia 39 tahun itu dengan peluang membela diri kerana melanggar Undang-Undang Narkotik 209 negara jiran tersebut.

Justeru beliau kemudian memberikan tempoh hanya selama tujuh hari buat Benjy sebelum hadir semula ke mahkamah tersebut untuk mengemukakan hujahan secara bertulis bagi tujuan pembelaan diri kes berkenaan.

“Adakah anda akan membuat pembelaan diri? Diberi waktu satu minggu, anda perlu siapkan ya secara tertulis. Anda boleh siapkan?” ujar Wahyu lagi selepas Benjy bertanyakan tempoh masa diperlukan untuk membuat persiapan.

Anak lelaki tunggal pelakon dan dramatis terkenal, Allahyarhamah Azean Irdawaty itu dilaporkan mengangguk tanda faham dan hakim terbabit kemudian memutuskan untuk menangguhkan perbicaraan mahkamah tersebut.

Pelakon berkenaan ditahan pihak berkuasa kastam Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu di sini pada 18 April lalu apabila dikesan membawa dadah yang dilaporkan disembunyikan pada bahagian duburnya.

Benjy mula dikenali sejak zaman kanak-kanak melalui filem Perempuan pada 1988. Dia yang ada seorang anak berusia empat tahun; pernah memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik (telefilem) pada Anugerah Skrin TV3.

Pada 2015 lalu, Benjy yang bercerai dengan Safiya Stephanie Kar-Leng Lee; pernah didakwa di Mahkamah Majistret Muar, Johor atas pertuduhan mengedar dadah jenis “methamphetamine” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: benjyIndonesiaKhaireyll Benjamin Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd