• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Kereta Kena Kebas, Anak Nyaris Kena Culik

oleh AK-47
04/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUBANG PASU – Seorang kanak-kanak perempuan nyaris jadi mangsa culik penjenayah yang curi kereta bapanya dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Taman Mahsuri, Jitra, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi, bapa mangsa yang berusia 33 tahun itu asalnya berhenti seketika di stesen tersebut untuk singgah ke tandas di bahagian belakang premis berkenaan.

Anaknya yang berusia empat tahun itu pula ditinggalkan sementara olehnya dalam kereta yang tidak pula berkunci dan serta enjin tidak dimatikan.

Lelaki itu hanya menyedari kereta Honda Civic dan anak perempuannya tiada selepas keluar dari tandas, kira-kira lima minit kemudian.

Mujurlah tak beberapa lama kemudian, dia berjaya mengesan anaknya semula selepas ternampak kanak-kanak itu sedang menangis kira-kira 30 meter dari lokasi kejadian.

Meskipun anaknya ditemui dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan, mangsa kehilangan komputer riba, wang tunai RM1,000 dan dokumen peribadi yang ditinggalkan dalam kereta bernilai RM80,000.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Ismail Ibrahim berkata, pemerhatian video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen itu mendapati tiga suspek yang menaiki kereta Proton Wira.

Mereka dilihat berhenti mengisi minyak di stesen minyak tersebut sebelum salah seorang daripada suspek pergi ke tandas stesen minyak di belakang premis berkenaan.

“Selepas meninjau kawasan sekitar, suspek masuk ke dalam kereta mangsa dan melarikan kenderaan itu.

“Manakala dua lagi suspek yang berada dalam Proton Wira menyusul di belakang kereta tersebut sebelum suspek meninggalkan anak mangsa tidak jauh dari situ,” katanya dipetik Harian Metro.

Siasatan awal mendapati, kereta Proton Wira yang dinaiki penjenayah itu adalah kereta yang dilaporkan hilang di Pendang, kelmarin.

“Polis berjaya mengenalpasti salah seorang dari suspek yang terlibat dan dia didapati memiliki banyak rekod jenayah berkaitan curi kenderaan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: culikstesen minyak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas memaklumkan bahawa bekalan bahan api di semua stesen minyaknya di seluruh negara mencukupi sehingga hujung Jun...

Pengusaha Stesen Minyak Pikul Beban Subsidi Diesel?

Pengusaha Stesen Minyak Pikul Beban Subsidi Diesel?

04/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengusaha stesen minyak didakwa terpaksa menanggung beban terhadap skim subsidi bersasar diesel yang diperkenalkan oleh kerajaan. Presiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd