• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak Desparado Politik Bernama Syed Saddiq

oleh Ahmad Albab
04/10/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENYATAAN Ketua Armada PBBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sangat lawak. Malah, nada jenakanya lebih teruk daripada lawak Sadiq Sigaraga!

Anda ditawarkan RM5 juta konon untuk keluar parti? Anda hanya menyebutkan secara lisan dalam sidang akhbar?

Setelah begitu lama anda berusaha menggambarkan diri sebagai seorang intelek muda, akhirnya anda membiarkan peluang memerangkap perasuah politik berlalu begitu sahaja?

Anda sangat mengeliru, wahai Syed Saddiq. Cerita anda menjadikan semua kenyataan sidang akhbar kelmarin, macam menonton lawak Sadiq Sigaraga dalam filem P. Ramlee jadinya.

(Sadiq Sigaraga watak jenaka lakonan Ahmad Nisfu dalam filem popular Tiga Abdul arahan P Ramlee terbitan Shaw Brothers tahun 1964)

Sebagai budak cerdik dan celik taktik politik, kenyataan Syed Saddiq mencurigakan. Anda tahu ketika ditawarkan rasuah, ia hampir menjadi detik check mate untuk menghapuskan amalan rasuah politik.

Anda berpeluang memerangkap perasuah, sekali gus bantu membasmi rasuah politik. Sayangnya, anda memilih sekadar menjadikan kes tawaran rasuah RM5 juta, sebagai fiksyen sidang akhbar murahan yang meloyakan.

Baca: Gempar Syed Saddiq Jadi Bahan Jenaka Netizen

Anda nampak sangat desparado. Seperti artis murahan mencari publisiti.

Setelah mengadakan sidang akhbar mengumumkan betapa anda sayangkan politik hingga menolak peluang belajar di Oxford, ia kelihatan ditokok-tambah dengan isu anda cuba dibeli dengan nilai RM5 juta.

Anak muda sentiasa mahu kelihatan hebat. Apa lagi, kalau jenis yang tidak dapat merasa dirinya hebat melalui sikap bekerja secara ikhlas.

Orang jenis ini akan menjajakan kehebatan. Syed Saddiq menjadikan dirinya ikon politik muda yang meloyakan. Sama saja dengan trend politik murahan yang dibawa generasi lama.

Syed Saddiq tidak menjadikan trend berpolitik di kalangan generasi baharu ada perubahan, terutama dalam soal keberanian mutlak menentang rasuah.

Kecuali, dirinya hanya membawa krisis psikologi seorang ahli politik muda yang dahagakan perhatian.

Malah, cara Syed Saddiq mencuri perhatian, sekadar kenyataan sensasi, yang dicipta dengan modal politik murahan.

Orang bodoh politik pun, tetapi kalau didorong sikap celik perjuangan, pasti melaporkan kes cubaan rasuah kepada pihak berkuasa. Malah, mengatur perangkap mendapatkan bukti untuk menjadikan tuduhannya berasas.

Paling tidak video rakaman, kalau pun tidak berani menentang rasuah hingga ke tahap nekad melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Syed Sadiq… Anda mengecewakan. Anda sekadar menghidupkan semula jenaka Sadiq Sigaraga! – MYNEWSHUB.CC

Tags: Armada PPBMSyed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Kekal Pengakuan Tak Bersalah

10/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini,...

Syed Saddiq Mengaku Tak Bersalah 2 Tuduhan Ubah Wang Haram

05/08/2021
0

JOHOR BAHRU - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengikut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd