• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Kematian: 3 Anggota TLDM Direman 7 Hari

oleh AK-47
02/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERI MANJUNG – Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes kematian dua anggota TLDM dalam bilik tahanan pasukan itu.

Majistret Nur Shaqira Ibrahim membenarkan permohonan polis untuk menahan reman tiga anggota TLDM yang berusia antara 29 hingga 44 tahun itu bermula hari ini hingga 7 Oktober.

Ketiga-tiga mereka yang bertugas di bilik tahanan di Unit Komunikasi TLDM Sungai Wangi, Sitiawan, dekat sini, direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek yang memakai baju lokap berwarna oren tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Seri Manjung jam 8.45 pagi dan masuk ke dalam mahkamah 15 minit kemudian dengan prosiding selesai kira-kira jam 9.45 pagi.

Malam tadi, bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh mengesahkan dua anggota TLDM yang berpangkat Laskar Kelas 1 meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru berpunca daripada trauma tumpul.

Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26, meninggal dunia ketika berada dalam bilik tahanan pada jam 3.15 petang kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Perak, Datuk Gan Tian Kee, berkata berikutan itu polis menahan tiga anggota TLDM pada jam 9.30 malam tadi untuk membantu siasatan kes kematian itu.

Katanya, ketiga-tiga suspek adalah anggota yang bertugas di bilik tahanan pasukan itu untuk syif 10 pagi hingga 10 malam pada hari kejadian. – Harian Metro

Tags: kematianremanSuspekTLDM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Reman Semula Pendakwah, Ketua Jabatan Kewangan Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

SPRM Reman Semula Pendakwah, Ketua Jabatan Kewangan Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

06/02/2026
0

ALOR SETAR: Seorang pendakwah bebas sekali lagi direman bersama seorang Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sebuah institusi pusat pendidikan dan...

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

02/02/2026
0

KUALA TERENGGANU – Seramai 33 penyokong Selangor FC dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Isnin bagi proses permohonan reman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd