• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Stesen Janakuasa TNB RM6 Bilion Mulakan Operasi

oleh AK-47
28/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Stesen janakuasa Tenaga Nasional Bhd (TNB) bernilai RM6 bilion yang berasaskan arang batu, Manjung 5 (M5) memulakan operasi pada tengah malam ini, tiga hari lebih awal daripada tarikh yang disasarkan, iaitu 1 Oktober 2017.

Dalam satu kenyataan hari ini, TNB berkata, pembinaan M5 di Lumut, Perak mengambil masa 45 bulan dan stesen 1,000 megawatt itu menggunakan teknologi ultra superkritikal, standard emas semasa untuk stesen berasaskan arang batu di dunia.

“Kami berbangga dengan kerja keras yang diberikan pasukan bagi menyiapkan projek ini lebih awal daripada jadual. Pasukan berdedikasi daripada 88 kakitangan TNB telah menjayakan projek tersebut sejak pembinaan dimulakan pada Januari 2014,” kata Naib Presiden Energy Ventures, Datuk Nor Azman Mufti.

Menurutnya, pasukan itu telah bekerjasama rapat dengan kontraktor yang dilantik, satu konsortium yang terdiri daripada Sumitomo Corp dari Jepun serta Daelim Industrial Co Ltd dari Korea Selatan.

Nor Azman berkata, TNB meningkatkan kecekapan kumpulan stesen termal itu dengan menggunakan teknologi ultra superkritikal terkini untuk stesen tenaga arang batu baharu kerana ia komited untuk mengguna pakai teknologi bersih dan cekap dalam penjaaan kuasa.

Setakat ini, katanya, TNB memiliki dua stesen berasaskan arang batu yang ultra superkritikal, iaitu M5 dan jirannya, M4.

“Kedua-duanya adalah dua stesen janakuasa berasaskan arang batu ultra superkritikal yang pertama di ASEAN.

“TNB juga sedang membina dua stesen janakuasa yang sama, iaitu stesen janakuasa Jimah East 2X1,000MW yang akan ditauliah pada 2019,” katanya. – BERNAMA

Tags: TNB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

01/12/2024
0

ALOR SETAR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di sini dan Sik demi keselamatan orang...

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

30/11/2024
0

ALOR SETAR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menafikan dakwaan akan memutuskan bekalan elektrik dari Anak Bukit ke Kepala Batas, Kubang Pasu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd