• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Zahid Bertemu Meng Jianzhu Di Beijing

oleh AK-47
26/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Hal Ehwal Politik Pusat dan Undang-Undang, Parti Komunis China Meng Jianzhu di ibu negara ini pada Selasa.

Pertemuan antara Ahmad Zahid dan Meng berlangsung kira-kira sejam di pejabat Hal Ehwal Politik dan Undang-Undang di sini.

Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, Duta Besar Malaysia di China Datuk Zainuddin Yahya, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Mustafa Ibrahim dan para pegawai kanan.

Terdahulu, Ahmad Zahid menghadiri majlis perasmian Perhimpunan Agung Ke-86 Interpol i Pusat Konvensyen Kebangsaan China di sini.

Majlis itu dirasmikan Presiden Republik Rakyat China (PRC) Xi Jinping.

Ahmad Zahid yang diiringi isterinya Datin Seri Hamidah Khamis tiba di China pada Isnin untuk lawatan kerja tiga hari.

Lawatan beliau itu atas undangan Menteri Keselamatan Awam China Guo Sheng Kun.

Lawatan Ahmad Zahid ke China berobjektif mempereratkan lagi hubungan dua hala dan meningkatkan kerjasama antara kedua-dua negara dan juga dengan negara anggota Interpol.

Beliau turut mengunjungi Guo di Rumah Tetamu Negara Diaoyutai pada 4.40 petang.

Kemudiannya di venue sama, timbalan perdana menteri akan mengadakan pertemuan berkumpulan dengan Meng Jianzhu dan Presiden Interpol Meng Ho Wei selama kira-kira setengah jam sebelum menghadiri majlis makan malam Interpol.

Ahmad Zahid dijadual berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada tengah hari Rabu. — BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Zahid Bangga Lihat Semangat Luar Biasa Penyokong BN

PRN Johor: Zahid Bangga Lihat Semangat Luar Biasa Penyokong BN

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa bangga terhadap komitmen luar biasa...

Presiden Zahid Jumpa Pemimpin UMNO Negeri Sembilan Bincang Strategi PRN

Presiden Zahid Jumpa Pemimpin UMNO Negeri Sembilan Bincang Strategi PRN

28/06/2026
0

SEREMBAN - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama seluruh saf kepimpinan UMNO Negeri Sembilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd